Bencana Paling Teruk Di Dunia | Selama berabad nih , banyak berlaku bencana alam di seluruh dunia . Tapi cuma beberpa bencana alam jer yang tak dapat dilupakan oleh menusia yang mengalaminya kat seluruh dunia nih .
TAHUN 1920 - GEMPA BUMI HAIYUAN
Kemusnahan berlaku di 7 wilayah di China termasuk beberapa bandar besar . Sujiahe , sebuah pekan di wilayah Xiji , tertimbus sama sekali di bawah runtuhan tanah akibat gempa itu .
Seramai 273, 400 maut .
TAHUN 1931 - BANJIR BESAR CHINA
Banjir besar di tengah China ini dianggap bencana paling buruk pernah direkodkan di dunia .
4 juta maut dan 28.5 juta cedera .
TAHUN 1938 - BANJIR SUNGAI KUNING
Banjir ini dikatakan dihasilkan oleh pemerintahan China pada masa itu untuk menghentikan kemaraan tentera Jepun semasa peperangan antara kedua negara . Kerajaan China memerintahkan benteng penahan banjir di sungai itu diletupkan , menyebabkan air sungai melimpah keluar tanpa dapat dikawal .
700,000 maut dan 13 juta cedera .
TAHUN 1970 - TAUFAN BHOLA
Taufan yang menyerang Bangladesh ini adalah yang paling buruk pernah direkodkan di negara beriklim tropika . Di wilayah paling teruk terjejas . Tazumuddin , hampir 45% daripada penduduknya berjumlah 167,000 terkorban semasa taufan itu .
400,000 maut dan 10 juta cedera .
TAHUN 1972 - BANJIR SUNGAI YANGTZE
Banjir besar ini adalah antara yang terburuk di China dan menenggelamkan kawasan seluas 22.64 juta meter persegi daratan .
145,000 maut dan 11.3 juta cedera .
TAHUN 1975 - EMPANGAN BANGIAO PECAH
Empangan besar di China ini pecah semasa taufan Nina melanda kawasan itu .
231,000 maut dan 11 juta cedera .
TAHUN 1976 - GEMPA BUMI TANGSHAN
Gempa bumi ini dipercayai yang terbesar sepanjang abad ke - 20 berdasarkan jumlah kematian . Pusat gempa ini berhampiran Tangshan di Hebei iaitu sebuah bandar industri dengan penduduk seramai 1 juta orang . Gempa bumi berukuran 8.2 skala Richter direkodkan .
510,000 maut dan 1.6 juta cedera .
TAHUN 2004 - TSUNAMI LAUTAN HINDI
Tsunami terbesar dalam sejarah dunia moden ini tercetus selepas berlaku gempa bumi bawah laut dengan magnitud 9.2 pada skala Richter , berpusat di barat Sumatera , Indonesia . Tsunami yang terhasil , meragut nyawa ratusan ribu orang di 15 negara di benua Asia dan Afrika .
310,000 orang maut dan 2 juta cedera .
TAHUN 2008 - TAUFAN NARGIS
Taufan Nargis adalah bencana alam paling buruk pernah melanda Myanmar . Selain Myanmar , Bangladesah , India dan Sri Lanka turut terjejas akibat taufan ini yang membawa angin dengan kelajuan 215 km/j .
146,000 maut dan 2.4 juta cedera .
TAHUN 2010 - GEMPA BUMI HAITI
Gempa bumi ini berukuran 7.0 skala Richter . Sebanyak 52 gempa susulan direkodkan dalam tempoh 12 hari selepas gempa bumi besar itu . Seramai sejuta orang kehilangan tempat tinggal dan 30,000 bangunan musnah .
316,000 maut dan 3 juta cedera .
TAHUN 2013 - TAUFAN HAIYAN FILIPINA
TAUFAN Haiyan membawa angin kencang membadai tengah Filipina, di wilayah Leyte, Tacloban dan Pulau Samar sejak kelmarin, setakat ini mengorbankan lebih 10,000 orang dengan ribuan penduduk dilaporkan masih hilang.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pihak berkuasa Penerbangan Sivil John Andrews berkata, gambaran udara menunjukkan, tenggara Manila umpama padang jarak padang tekukur apabila taufan raksasa itu memusnahkan keseluruhan bandar.
“Mayat boleh dilihat di tengah jalan, tiang elektrik patah, pokok tumbang, bumbung kediaman runtuh dan rumah ranap. Kira-kia 580 kilometer di tenggara Manila pula banjir melanda dengan ribuan kenderaan terkandas,” katanya.
Lebih 10,000 maut , ribuan masih hilang .
TAHUN 2014 - MAS MH 370 HILANG
Penerbangan MAS dari Kuala Lumpur terus ke Beijing pada 8 Mac telah hilang daripada radar pada pukul 1.09 pagi . Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.15 pagi telah membawa 39 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal .
Sehingga hari ini , setelah hampir sebulan , masih gagal dikesan juga ditemui .
tsunami di jepun suatu ketika dulu pun amat mengerikan...moga kita terhindar dr bencana mcm ni...
ReplyDelete