Jenis Najis Dalam Islam Dan Cara Menyucikannya


Jenis Najis Dalam Islam Dan Cara Menyucikannya  | Masih ramai para muslim yang ambil mudah tentang jenis najis-najis dalam Islam apabila mereka berhadapan dengannya . Najis-najis dalam Islam ini jika dilakukan secara sambil lewa , boleh mempengaruhi ibadah yang anda lakukan .


Jenis Najis Dalam Islam Dan Cara Menyucikannya


Jenis Najis Dalam Islam Dan Cara Menyucikannya 


Terdapat tiga jenis najis di dalam Islam . Apabila anda berhadapan dengan najis-najis dalam Islam ini , maka anda perlu mencucinya mengikut sebagaiman yang telah ditetapkan dalam Islam .

Najis Mukhaffafah


Najis Mukhaffafah ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang masih belum berumur 2 tahun yang tidak makan apa-apa kecuali susu ibunya sahaja .


Cara Menyucikan :
Memadai dengan hanya memercikkan sahaja air ke atas najis tersebut sehingga rata .


Najis Mutawassitah


Najis Mutawassitah atau najis pertengahan ialah selain daripada najis mukhaffafah dan najis mughallazah seperti

  • darah
  • nanah
  • muntah 
  • tahi
  • air kencing
  • wadi ( air yang keluar daripada kemaluan orang yang bekerja berat )
  • bangkai
  • mazi ( air yang keluar daripada kemalun lelaki / wanita semasa naik syahwat )
  • cecair yang memabukkan
  • susudan mani binatang yang tidak halal dimakan 

Cara Menyucikan :
Najis Mutawassitah hendaklah dicuci dengan air mutlak dengan menghilangkan tiga perkara seperti berikut
* 'ainnya / zatnya / warnanya
* baunya
* rasanya

Ketiga-tiganya jenis najis dalam Islam hendaklah dihilangkan tetapi sekiranya setelah diusahakan dengan bersungguh-sungguh masih tidak hilang maka tidaklah diwajibkan meneruskannya lagi kerana Allah S.W.T tidak memberati seseorang kecuali sekadar yang termampu olehnya . 

Darah Sembelihan


Darah yang terdapat di dalam daging yang dianggap sebagai najis ialah darah yang mengalir . Sekiranya darah tidak mengalir , maka darah itu tidak dianggap najis . Contohnya , bagi binatang sembelihan , darahnya masih mengalir . Tetapi darah yang masih berada di dalam daging yang tidak mengalir , setelah binatang sembelihan tidak bernyawa lagi tidak dikira najis . 

 Najis Mughallazah 


Najis Mughallazah ialah najis berat iaitu najis babi dan anjing . Segala perkara yang ada hubungannya dengan kedua-dua binatang tersebut seperti tahi , kencing , daging , kulit dan sebagainya dikira sebagai najis mughallazah . Ini termasuk juga anak yang lahir salah satu daripadanya .

Cara Menyucikan :
Apabila seseorang terkena tahi atau tersentuh kulit binatang terseut , hendaklah ia membasuhnya sebanyak 7 kali . Satu kali dibasuh menggunakan air yang dicampurkan dengan tanah manakala 6 kali dibasuh menggunakan air bersih . Sebelum mencuci , hendaklah dihilangkan tiga perkara berikut iaitu bau , rasa dan warna .

Menyentuh Anjing Dan Babi


Menyentuh kulit anjing yang kering dengan tangan yang kering tidak dikira najis . Apabila salah satunya basah , maka dikira najis . Tetapi hal ini berbeza dengan babi . Kulit  babi yang disentuh tetap dikira najis walaupun kering .



( Indahnya Hidup Bersyariat : m/s 64-66)



0 Response to "Jenis Najis Dalam Islam Dan Cara Menyucikannya "

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...