Gadget Samsung Yang Paling Cool



Gadget Samsung Yang Paling Cool | Samsung telah mengeluarkan gadjet terbarunya yang paling cool iaitu dari poduk jam tangan pintar . Sebelum ini , Samsung sangat gah dengan jam tangan pintarnya iaitu Samsung Galaxy Gear kerana jam tangan pintar Samsung Galaxy Gear merupakan percubaan pertama Samsung untuk menembusi pasaran .


Gadget Samsung Yang Paling Cool


Gadget Samsung Yang Paling Cool


Kali ini , Samsung telah menambah baikkan Gadget Samsung Yang Paling Cool iaitu jam pintar Samsung Galaxy Gear kepada Samsung Gear 2 . Sebelum ini ramai yang merungut apabila menggunakan Samsung Galaxy Gear kerana banyak sangat kekurangannya . Malah Jualan Samsung Galaxy Gear juga merundum .

Apabila Samsung Gear S2 dilancarkan , segala kekurangan pada Samsung Galaxy Gear sudah diperbaiki malah Samsung Gear S2 muncul dengan banyak kelebihan yang pasti menambat jiwa anda terutamanya pecinta gadget .

Spesifikasi


Dengan Samsung Gear S2 kami mendapati hampir kesemua masalah ini dapat diselesaikan. Kali ini ia dilengkapi skrin bulat 1.2″ SAMOLED dengan resolusi 320×320 pixel. Diperkasakan pemproses 1GHz dua teras Exynos 3250, RAM sebesar 512 Megabyte dan muatan dalaman 4 Gigabyte.Tiada sokongan kamera tetapi peranti dilengkapi sistem Bluetooth 4.1, NFC, WiFi, pengimbas nadi, accelerometer, gyrometer dan barometer. Dari segi bateri pula ia dilengkapi bateri sebesar 250 mAh. Ia turut mempunyai ketahanan kalis air IP68. Sistem operasi Tizen dikekalkan penggunanya sama seperti pada Samsung Gear S asal.

Samsung Gear S2 amat bergaya bila dipakai ketika bersukan , beriadah , bercuti , bekerja dan aktiviti lainnya . Tiada masalah kulit menjadi gatal ataupun terkupil akibat tali jam yang keras. Paling penting sekali penggunaan Samsung Gear S2 adalah amat mesra pengguna dan lancar. Kesemua notifikasi dapat dibaca dengan pantas. Penggunaan Samsung Gear S2 lebih pantas terutama ketika melakukan kerja kerana tidak perlu sentiasa melihat notifikasi pada telefon pintar. Notifikasi pada Samsung Gear S2 memudahkan kami terus melakukan kerja dan memilih apa yang ingin dibaca pada telefon pintar.

Hayat bateri Samsung Gear S2 mampu bertahan melangkaui dua hari. Pada penggunaan paling berat dengan kesemua notifikasi dipaparkan , Samsung Gear S2 mampu digunakan selama 41 jam. Pada penggunaan paling ringan pula hampir tiga hari. Sistem pengecasan magnetik yang digunakan juga kompak.

Di Malaysia Samsung Gear S2 dijual di pasaran pada harga RM 1399 . Sama ada mahal atau murah , anda tentukan sendiri kerana kemampuan itu terletak pada kemahuan anda .



0 Response to "Gadget Samsung Yang Paling Cool"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...