Assalamualaikum ...
4 Jenis Air Dalam Islam | Bismillah . Dalam Islam , terdapat pembahagian air yang boleh dan tidak boleh dibuat bersuci , begiru juga air yang harus diminum dan sebaliknya . Terdapat tujuh jenis punca air semulajadi iaitu air sungai , air laut , air hujan , air perigi , air embun , air mata air , air beku / salji .
4 Jenis Air Dalam Islam
4 jenis air dalam Islam adalah air mutlak ( air yang suci lagi menyucikan ) , air mustakmal ( air yang suci tapi tidak menyucikan ) , air musyammas ( air yang makruh digunakan ) dan air mutanajis ( air yang mengndungi najis ) .
1- Air Mutlak ( air yang suci lagi menyucikan )
Air mutlak merupakan air yang boleh diminum dan boleh juga dibuat bersuci sama ada beristinjak , berwuduk , mandi hadas , membasuh najis dan sebagainya .
Air yang dimaksudkan air mutlak ialah air yang benar-benar tulen , yang tidak bercampur dengan benda -benda lain sama ada yang bersih seperti minyak wangi , kopi , susu atau lainnya atau pun bercampur dengan benda-benda najis .
Apabila air tulen itu melebihi dua Qullah ( 230 liter ) dimasuki oleh sesuatu benda lain yang tidak mengubah nama atau sifat air , maka air itu masih lagi dianggap sebagai mutlak . Tetapi sekiranya berubah sama ada bau , rasa atau warna , maka air itu tidak boleh lagi digunakan untuk bersuci .
Sebagai contoh ialah memasukkan kopi ke dalam air mutlak maka air itu tidak boleh lagi digunakan untuk bersuci tetapi hanya boleh diminum sahaja . Sekiranya air tersebut kurang darpada dua kolah dan dimasukkan pula sesuatu ( sama ada berubah atau tidak ) , maka air tersebut tidak lagi boleh dibuat bersuci .
2- Air Mustakmal ( Air yang suci tetapi tidak menyucikan )
Air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas sama ada hadas kecil ( berwuduk ) ataupun hadas besar ( mandi wajib ) .
Ini bererti air yang telah digunakan untuk membasuh anggota yang wajib sekiranya ditadah semula dan air itu tidak sampai dua qullah , maka air itu dikira mustakmal iaitu tidak boleh dibuat bersuci .
Ia hanya boleh dibuat minum atau makan atau membasuh benda-benda yang bukan najis sahaja . Begitu juga sekiranya air basuhan wajib menitis ke dalam air yang tidak sampai dua qullah , ia dikira mustakmal .
3- Ais Musyammas ( Air yang makruh digunakan )
Air mutlak tetapi terjemur di panas terik matahari di dalam bekas yang mempunyai karat dan digunakan pula ketika air masih panas .
Walau bagaimanapun , di negara kita Malaysia tidak menjadi makruh kerana darjah panasnya tidak setinggi seperti di negara-negara timur tengah , India dan Pakistan .
4- Mutanajis ( air yang mengandungi Najis )
Air yang kurang daripada dua qullah , dimasuki oleh najis sama ada air itu berubah ataupun tidak , dikenali sebagai mutanajis .
Begitu juga sekiranya air yang lebih daripada dua qullah dimasuki najis lalu air itu berubah rasa , bau atau warnanya , maka air itu tidak boleh dibuat bersuci atau diminum .
revise balik sukatan pelajaran pendidikan islam masa sekolah dulu.. nice share..
ReplyDeletememudahkan bagi mrk yg cari maklumat ...
Deleteair dr jenis 3 & 4 tak pernah guna untuk ambil wuduk.. hehee
ReplyDeletepenerangan yg jelas
mmg x leh guna pun nina ... heh heh
Delete