Berkenaan DENGGI Yang Anda Perlu Tahu



Berkenaan DENGGI Yang Anda Perlu TahuAkhir-akhir ini banyak iklan ubat " penyembuh denggi " berkeliaran di media massa. Jus betik, jus jambu dan sup ketam adalah antara yang popular. Tapi tahukah anda , sebelum anda menggunakan semua itu sebagai salah satu alternatif untuk menyembuhan denggi , ada perkara lain yang perlu anda tahu tentang denggi .


Berkenaan DENGGI Yang Anda Perlu Tahu


Berkenaan DENGGI Yang Anda Perlu Tahu


Pertamadenggi adalah penyakit yang self limiting. Maknanya selepas suatu jangkamasa, jangkitan denggi akan sembuh sendiri. Jus betik atau jus jambu tak membuatkan denggi sembuh lebih cepat dari biasa.
Namun self limiting tak bermakna anda boleh self treat (rawat sendiri). Anda memerlukan supportive treatment bagi memastikan anda terus hidup dan stabil sehinggalah denggi itu berakhir sendiri.
Kedua; bilangan platelet bukanlah penanda keterukan denggi dan bukan juga penyebab kematian. Pesakit denggi tak mati sebab platelet rendah. Tetapi kebanyakan mereka mati disebabkan shock dan kegagalan hati. Shock terjadi apabila pesakit denggi mengalami kebocoran plasma (selalunya terjadi apabila demam mulai kebah). Degupan jantung menjadi laju dan tekanan darah menjadi rendah. Kegagalan hati pula berpunca dari radang hati akibat jangkitan virus denggi (dengue transaminitis). Kerap juga virus denggi menyerang organ penting lain seperti jantung (dengue myocarditis) atau otak (dengue encephalitis).
Platelet yang rendah akan kembali normal selepas beberapa hari tak kira anda ambil jus betik/ jus jambu/ ketam atau tidak. Jika anda tidak mengalami kemalangan (jatuh dan sebagainya) atau tiada penyakit kronik (darah tinggi, sakit jantung, stroke dan lain-lain), anda tak perlu risau sangat akan bilangan platelet yang rendah. Sampai masanya ia akan kembali normal.

Ujian Darah

Jadi jika dijangkiti denggi, bagaimana nak tahu anda bakal mengalami dengue shock atau tidak? Hati anda mengalami radang atau tidak? Maka kenalah anda pergi ke hospital untuk ujian darah. Tak boleh sesuka hati nak rawat di rumah. Kalau anda bernasib malang dapat dengue shock, hanya perlu beberapa jam sebelum anda K-O jika tak mendapat rawatan cecair yang tepat.

Rawatan Cecair

Rawatan cecair (fluid therapy) semasa dijangkiti denggi perlu tepat. Tak boleh terkurang, tak boleh terlebih. Jika terkurang, maka shock anda akan berlarutan menyebabkan kegagalan organ lain (jantung, buah pinggang an lain-lain). Jika terlebih maka organ penting seperti paru-paru dan hati boleh menjadi bengkak dan menyebabkan keracunan darah.

Virus

Virus denggi sekarang lebih virulen berbanding dahulu kerana perubahan strain. Simptomnya lebih bervariasi. Ada pesakit yang dapat radang hati seawal hari ke 2 demam. Hari ke 3 dah dapat kegagalan hati (liver failure). Hari ke 4 terus jalan.
Tak semua pesakit denggi sama bentuk jangkitannya. Kumpulan berisiko tinggi mendapat jangkitan denggi yang teruk adalah:
🔹
  • Obesiti
  • ibu mengandung
  • pesakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, buah pinggang, penyakit hati dan lain - lain
  • peskit yang berusia lanjut ( lebih 65 tahun )
🔹Ibu mengandung
🔹Pesakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, buah pinggang, penyakit hati dl
🔹
Jika anda bukan tergolong dalam kumpulan diatas, namun mengalami tanda berikut semasa jangkitan denggi; anda juga berisiko mendapat jangkitan yang teruk:
🔹
  • Muntah berulang-ulang
  • cirit birit
  • pendarahan spontan dari mana - mana rongga yang terbuka
  • sakit perut
  • keletihan melampau
  • mempunyai tanda kebocoran plasma ( paru-aru bengkak )
  • penurunan platelet yang mendadak

🔹
Akhir sekali , usah ambil herba atau ubatan selain yang dibenarkan doktor sewaktu dijangkiti denggi kerana apa saja suplemen yang diambil boleh menyebabkan radang hati menjadi lebih teruk.


1 Response to "Berkenaan DENGGI Yang Anda Perlu Tahu"

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...