Senarai Kereta Import Yang Diklonkan | Baru-baru ini terbongkar sebuah kereta import yang dibeli oleh seorang doktor telah diklon selepas melalui pemeriksaan sekatan jalan raya yng dilakukan oleh polis . Sejak perkara itu terbongkar , pihak Jabatan Pengangkutan Jalan makin rancak menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan import yang mereka tahan .
Senarai Kereta Import Yang Diklonkan
Antara jenis dan model kereta yang paling banyak diklon adalah Honda Odyssey . Selan itu terdapat juga jenama lain seperti BMW , Volkswagen , Toyota , Mazda dan Subaru .
Sekiranya anda ditawarkan membeli kereta second hand dengan harga yang murah , itu bermakna anda mungkin akan mendapat kereta klon .
Kereta klon ini wujud salah satu sebabnya adalah apabila kerajaan Singapura bertindak melupuskan kereta dengan cara memasukkan kenderaan tersebut ke Malaysia yang kemudiannya diklonkan dan dijual pada penduduk tempatan dengan harga yang murah .
Mana-mana individu yang memiliki atau menggunakan kereta klon akan didakwa di bawah Seksyen 7 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih RM10,000.
"Individu yang mempamerkan nombor pendaftaran dan lesen kenderaan lain adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,"
Berikut adalah serba sedikit maklumat yang anda perlu ketahui mengenai kereta klon .
APA ITU PENGKLONAN KERETA?
- Identiti kereta anda dicuri oleh penjenayah dan digunakan pada kenderaan lain untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
- Pengklonan kereta juga dibuat oleh mereka yang melakukan kesalahan trafik dan enggan membayar saman.
BAGAIMANA PENGKLONAN KERETA DIBUAT?
- Penjenayah akan memindahkan nombor pendaftaran dan nombor casis palsu, lazimnya daripada kereta yang mengalami kerosakan penuh (total lost) akibat kemalangan, kepada kereta klon.
- Kereta klon kemudiannya diberikan identiti baharu dengan segala dokumen disediakan seperti cukai jalan dan geran kenderaan untuk urusan jual beli.
BAGAIMANA MAHU MENGENAL PASTI JIKA ANDA MENJADI MANGSA?
- Anda menerima notis saman kesalahan trafik yang anda tidak pernah lakukan.
- Anda diminta memberi keterangan atas 'pembabitan' kereta itu dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.
- Anda ditahan ketika sekatan jalan raya dan diberitahu kereta anda adalah kereta klon.
CARA ELAK DARIPADA JADI MANGSA?
- Ambil tahu perkembangan harga kereta semasa. Jangan beli jika harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada sepatutnya.
- Periksa segala dokumen yang diberikan. Lebih baik, bawa ke Jabatan Pengangkutan Jalan dan periksa kesahihannya.
0 Response to "Senarai Kereta Import Yang Diklonkan"
Post a Comment
TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...