Pemakan Riba Kekal Di Neraka


Pemakan Riba Kekal Di Neraka | Riba adalah sesuatu yang kita sukar nak elak di zaman ini memandangkan kebanyakan pinjaman ada mengandungi riba . Pun begitu , sebagai muslim , kita masih ada pilihan . Jadi , terpulang kepada anda apa yang anda pilih .


Pemakan Riba Kekal Di Neraka


Firman Allah yang bermaksud :

" Orang-orang yang memakan ( mengambilkan ) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan ( syaitan ) itu . Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan : " Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba . " Padahal Allah telah menghalal berjual beli ( berniaga ) dan mengharamkan riba . Oleh itu , sesiapa yang telah sampai kepada peringatan ( larangan ) dari Tuhan , lalu ia berhenti , ( daripada mengambil riba ) maka apa yang telah diambilnya dahulu ( sebelum pengharaman itu ) adalah menjadi haknya , dan perkaranya terserah kepada Allah . Dan sesiapa yang mengulanginya lagi ( perbuatan mengambil riba itu ) maka itulah ahli neraka , mereka kekal di dalamnya . "
( al- Baqarah : 275 )

Huraian :

Islam memberikan garis panduan yang jelas iaitu jual beli dihalalkan , manakala melakukan riba adalah diharamkan . 

Ia bermaksud bahawa dalam urusan jual beli tidak boleh wujudnya riba , di mana riba itu ialah mengambil keuntungan dengan cara menindas orang lain , sedangkan orang berkenaan tidak mampu membayarnya . Konsepnya mudah . Jual beli itu saling mendapat manfaat sedangkan riba itu manfaatnya kepada sebelah pihak sahaja . Ini bermaksud bahawa perbuatan riba itu telah menyebabkan seseorang mengambil sesuatu yang bukan haknya . 

Namun jika perbuatan riba yang dilakukannya itu sebelum turunnya pengharaman riba , maka hal yang demikian terserah kepada Allah  s.w.t. Serentak dengan itu juga , dia mestilah menhentikan kegiatannya itu .

Oleh sebab itu , Allah s.w.t. menjanjikan balasan neraka kepada mereka yang masih lagi mengamalkan riba setelah mereka tahu tentang pengharamannya . Jadi , kita seharusnya berhati-hati dalam menjalankan muamalah seharian dan hindarilah riba bagi mendapat keredhaan Allah s.w.t. dan keberkatan pada harta .

Kesimpulan :

Perniagaan itu adalah halal tetapi mencampurkannya dengan aktiviti riba akan menjadikannya haram . Ini kerana Allah s.w.t. hanya menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba . Utamakanlah keberkatan dalam mencari harta bagi mencapai keredhaan Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat .


( JAKIM )



0 Response to "Pemakan Riba Kekal Di Neraka"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...