Hukum Menyusukan Anak Di Tempat Awam



Hukum Menyusukan Anak Di Tempat Awam | Beberapa hari ini ada facebook yang memviralkan ibu berselfie menyusukan anak . Tujuan ibu itu mungkin nak tunjuk yang dia rasa bangga sebab susukan guna susu badan tetapi bila dah jadi viral , orang ramai dah anggap lain pula .

Hukum Menyusukan Anak Di Tempat Awam
credit google

Hukum Menyusukan Anak Di Tempat Awam


Menurut ahli jawatankuasa Persatuan Uama Malaysia ( PUM ) , Asmak Husin , mengikut Islam , tidak salah menyusukan anak di tempat awam selagi si ibu itu tidak mendedahka auratnya . Si ibu , jika mahu menyusukan anak di tempat awam , perlulah mencari lokasi yang sesuai , yang jauh dari pandangan mata orang ramai demi menjaga auratnya kerana dibimbangi ketika menyusukan anak , ada aurat yang terdedah tanpa disedari .

Kaum lelaki pula , bila terlihat ibu menyusukan anak pula , janganlah pula dengan sengaja mencari sisi yang boleh memandang buah dada si ibu . Selalunya , apabila si bayi minta disusukan , si ibu perlu segera menyusukannya untuk mengelakkan bayi menangis . Pada ketika itu , mungkin si ibu berada di tempat awam dan ada aurat yang terdedah tanpa disedari .

Pada si ibu pula , elakkanlah berselfie menyusukan anak dan berkongsi di laman sosial kerana ia boleh menjadi maksiat bila gambar menyusukan anak itu mendatangkan reaksi dari kaum lelaki . Para suami pula , nasihatkanlah isteri anda serta tegurlah kerana mungkin perbuatannya berselfie menyusukan anak itu boleh menaikkan syahwat pada orang lelaki . Malah , boleh memberi kesan buruk kepada nama baik mereka juga .







2 Responses to "Hukum Menyusukan Anak Di Tempat Awam"

  1. Boleh menyusu ditempat awam tp carilah tempat yg tersorok agar aurat terpelihara kan..

    Bab selfie tu mungkin dia terkhilaf disitu tp yg ramai2 pg viralkan tu pun satu hal, tegur dgn cara yg betul ok lah kan

    ReplyDelete
  2. CT rasa kena sorok2 jugak kot.. tho orang zaman skrang da bleh menerima.. cari je tempat baby tukar pampers tu n nyusu kt situ..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...