Sujud Tilawah / Sajadah | Sujud Tilawah dilakukan apabila membaca atau mendengar orang lain membaca ayat-ayat yang tertentu dalam al-Quran .
Sujud Tilawah disunatkan apabila yang membaca itu sampai ke suatu tempat yang ditentukan . Begitu juga si pendengar juga sunat melakukan sujud apabila ia mendapati si pembaca itu sujud .
Rukun sujud tilawah di luar solat
- niat
- takbiratulihram
- sujud
- memberi salam semasa duduk
Syarat-syarat Sujud Tilawah
- suci daripada hadas kecil / besar
- menutup aurat
- menghadap kiblat
Sujud Tilawah Dalam Solat
Di Malaysia ini khasnya , umat Islam hanya mengadakan sujud tilawah ataupun dipanggil juga sebagai sujud sajadah iaitu pada solat subuh pagi Jumaat .
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Apabila anak Adam mebaca ayat sajdah , lantas ia sujud maka larilah syaitan sambil menangis dan berkata , ' Hai celaka anak Adam disuruh sujud mereka sujud maka mereka akan memasuki syurga , dan aku disuruh sujud aku enggan maka bagi aku api neraka ' " .
Setelah selesai , terus bangun dan sambung lagi bacaan tadi sehingga habis ( tanpa membaca al - Fatihah ) , barulah rukuk , iktidal , sujud , duduk antara dua sujud , sujud dan terus bangun , iaitu masuk rakaat yangkedua . Baca al-fatihah semula kemudian baca surah al-Dahri ( an-Insan ) sehingga habis dan selesaikan sampai salam .
Persoalan Sujud Tilawah
Sujud Tilawah ini sengaja dipaparkan supaya umat Islam tidak lagi terganggu atau merasa hairan apabila mendapati imam tidak rukuk tetapi terus sujud apabila ia selesai membaca satu -satu ayat yang dijelaskan di atas tadi .
Perlu diingat , adalah batal / tidak sah solat seseorang itu apabila membaca surah yang lain umpamanya membaca surah al-'Alaq dan berniat untuk sujud . Tetapi kalau kebetulan membaca surah berkenaan lalu sujud tidaklah batal solatnya .
Sumber : INDAHYA HIDUP BERSYARIAT : 112/113
Terima kasih atas perkongsian. Sy share di FB
ReplyDelete