Bantuan Khas RM500 Dan RM 100


Bantuan Khas RM500 Dan RM 100 | Perkataan bonus , bantuan khas , adalah merupakan ubat duka golongan marhaen dikala kos sara hidup yang kian meningkat . Sukar untuk digambarkan perasaan itu . Dimana-mana , masih ada pelajar yang tidak dapat ke sekolah dengan kelengkapan yang sempurna .


Bantuan Khas RM500 Dan RM 100


Bantuan RM500 Dan RM 100


Semalam , kerajaan dengan rasminya memberikan bantuan khas kepada penjawat awam sebanyak RM500 . Hari ini menyusul pula perkhabaran gembira kepada ibu bapa yang masih belum melunaskan bayaran juga keperluan sekolah anak-anak bila mendapat bantuan RM100 bagi setiap pelajar dan ianya untuk keluarga yang berpendapatan dibawah RM3,000 .

Bagi SI , adalah lebih baik jika kelengkapan sekolah anak-anak tidak dikenakan GST . Ini kerana ada keluarga yang memiliki anak lebh dari dua orang yang bersekolah . Selain itu , mereka juga perlu membayar yuran , tambang bas , memberikan wang saku pada anak-anak , membayar wang tuition dan sebagainya .

Realitinya , keadaan kewanga rakyat Malaysia pada ketika ini sangat meruncing terutama yang sudah berkeluarga dan punya pendapatan yang sederhana . Malah ada juga yang diberhentikan kerja / berhenti kerja secara sukarela kerana syarikat mahu mengurangkan kos operasi . Dalam pada terhimpit dengan tuntutan sara hidup yang kian meningkat , mereka terpaksa memerah otak dan keringat , berusaha untuk mencari pekerjaan demi memberi nafkah untuk keluarga .

Walaupun ada menteri yang mencadangkan melakukan 2 kerja , hakikatnya bukan mudah nak cari kerja sambilan juga nak mencari rezeki secara online . Semuanya bukan boleh dilakukan dengan sekelip mata dan rezeki juga bukannya datang dengan sekelip mata .

Pun begitu , segala UJIAN itu , rakyat terpaksa harungi dengan sebuah keyakinan bahawa rezeki itu datangnya dari Allah jua .



~ Sumber Informasi ~




1 Response to "Bantuan Khas RM500 Dan RM 100"

  1. betul....tahun ini memang mncabar utk semua..kita buat mn yg kita mmpu....smoga ada keberkatan rezeki kita nnti

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...