Macam Mana Itik Boleh Terapung


Macam Mana Itik Boleh Terapung | Pernah tak anda terfikir macam mana itik boleh terapung ? SI pun tak pernah tahu dan tak ambil tahu macam mana itik boleh terapung. SI suka tengok itik arwah bonda kat kampung satu masa dulu bila mereka tidur dengan berdiri dan kaki sebelah diangkat . Ada lagi , bila hujan turun , memang sah si itik-itik ini bermandi hujan sambil tidur . 

Macam Mana Itik Boleh Terapung


Macam Mana Itik Boleh Terapung


Kenapa itik tak boleh terapung walaupun mereka ni berat ? Kajian sains mengatakan bahawa itik mempunyai lapisan bulu di sebelah luar yang tak telap / kalis air . Ekornya pula ada kilang untuk keluarkan sejenis minyak . Minyak ini pula akan merebak ke seluruh bulu mereka .

Pada lapisan bulu luar ada satu lapisan lain yang dipanggil bulu pahat . Bulu ni boleh melindungi itik daripada air yang sejuk . 

Tapak kakinya pula berselaput yang tidak ada darah dan saraf . Sebab itu kaki itik tak merasa sejuk . Ciri kakinya yang lebar , menyenangkan itik untuk berenang dan kaki itu juga memberi mereka gaya jalan yang sangat istimewa . Sebab tu ada perumpamaan " bagai itik pulang petang " . 



~ Sumber Informasi ~



1 Response to "Macam Mana Itik Boleh Terapung"

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...