Bangkok Alami Sejuk Luar Biasa



Bangkok Alami Sejuk Luar Biasa | Beberapa tahun lepas , Kelantan dan Terengganu mengalami fenomena sejuk luar biasa selama beberapa minggu sehinggakan suasana berkabus seperti berada di negara empat musim . Malah dijangkakan juga bakal mengalami salji . 

Sejuk Luar Biasa Di Bangkok

Sejuk Luar Biasa Di Bangkok


Sedang kita di Malaysia mengalami panas luar biasa , el Nino , di Bangkok pula berlaku fenomena sejuk luar biasa . Sudah dua malam berturut-turut Bangkok dan juga wilayah utaranya mengalami fenomena sejuk luar biasa . Suhu di Bangkok mencecah 13 hingga 16 darjah celcius  dan djangka akan terus menurun .

Jabatan Meteorologi negara itu pula mengatakan bahawa fenomen sejuk luar biasa negara Thailand disebabkan zon tekanan tinggi yang kuat meliputi Luat China Selatan dan bahagian Hulu Thailand . Sathon Vijarnwannaluk , ahli akademik di Chulalongkorn University  berkata , fenomena sejuk luar biasa yang berlaku mungkin disebabkan fenomena 'Artctic Oscillation' yang menghasilkan gelombang yang amat sejuk daripada biasa .

Suhu minimum di Utara dan Timur Laut negara itu dijangka antara enam hingga 15 darjah Celcius, manakala suhu di Dataran Tengah dan Timur dijangka antara 13 dan 18 darjah Celcius . Suhu sejuk lur biasa yang dialami penduduk Bangkok ketika ini tidak melepasi rekod bacaan yang dicatatkan 10 darjah celcius pada tahun 1975 dan 11.7 darjah celcius pada tahun 1999 .

Setakat ini , fenomena sejuk luar biasa di Bangkok telah meragut nyawa dua warga emas yang berusia 72 dan 78 tahun , yang tinggal di daerah Muang , bahagian tengah Thailand .




0 Response to "Bangkok Alami Sejuk Luar Biasa"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...