Assalamualaikum ...
Sifat Mukhalafatuhu Lil-hawadits | Bismillah . Segala apa yang tergambar difikiran manusia mengenai sifat-sifat Allah adalah tidak benar , seperti terlintas difikiran mansia Allah s.w.t. itu bulat , panjang , gemuk , kurus dan lainnya kerana ianya adalah bertentangan sekali dengan sifat mukhalafatuhu lil-hawadits .
Sifat Mukhalafatuhu Lil-hawadits
Mukhalafatuhu lil-hawadits bermaksud sesungguhnya Allah s.w.t. itu bersalahan dengan segala yang baharu . Bersalahan ertinya tidak sama . Apabila dikatakan Allah s.w.t. memiliki sifat mukhalafatuhu lil-hawadits ini ia menggambarkan sifat kesempurnaan Allah yang mengatasi seluruh makhluk-Nya .
Secara umumnya , sifat mukhalafatuhu lil-hawadits bermakna Allah s.w.t. tidak sekali-kali mempunyai persamaan dengan seluruh makhluk-Nya baik dari kalangan jin , malaikat mahupun makhluk yang lain seperti benda mati dan makhluk hidup lainnya .
Dengan sifat ini juga dapatlah difahami bahawa Allah s.w.t. mustahil bersifat dengan sifat - sifat makhluknya seperti berjalan , duduk dan lainnya . Ia juga meliputi mustahil bagi Allah s.w.t. memiliki anggota seperti mulut , mata , telinga dan anggota lainnya .
Dalil naqli berkenaan sifat ini ialah seperti firman Allah s.w.t. dalam surah asy-Syura ayat 22 yang bermaksud:
" Tidak ada yang menyerupai-Nya dan Dia-lah Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat . "
Allah s.w.t. juga berfirman dalam surah al-Ikhlas ayat 4 yang bermaksud :
" Dan tiada satu pun yang serupa dengan-Nya . "
Sementara itu dalil akli kepada sifat mukhalafatuhu lil-hawadits ini ialah sekiranya Allah s.w.t. serupa dengan makhluk-Nya tentu Dia juga adalah baharu dan sangat bertentangan dengan sifat qidam Allah . Maha Suci Allah s.w.t. daripada bersifat baharu .
( ANIS April 2014 m/s : 80 - Dr. Kamariah Yusoff )
~ Sumber Informasi ~
info menarik untuk dibaca :)
ReplyDelete