Perkhidmatan Bas Percuma Di Selangor


Perkhidmatan Bas Percuma Di Selangor   | Esok , Jumaat 1 Januari 2016 dengan rasminya penduduk Kajang dan Ampang akan menikmati perkhidmatan bas percuma melalui perkhidmatan yang dikenali sebagai ' Bas Smart Selangor ' .


Perkhidmatan Bas Percuma Di Selangor

Perkhidmatan Bas Percuma Di Selangor 


Pada 1 Julai 2015 , kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan perkhidmatan bas percuma yang dikenali dengan ' Smart Bas Selangor ' yang meliputi tiga kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam ( MBSA ) , Majlis Perbandaran Subang Jaya ( MPSJ ) dan Majlis Perbandaran Klang ( MPK ) yang membabitkan sebelas buah bas . 

Bagi bandar Kajang , perkhidmatan bas percuma membabitkan sebanyak 15 hentian untuk laluan pergi bermula dari bandar Kajang ke terminl hentian Kajang manakala laluan balik pula membabitkan 19 laluan dari terminal hentian Kajang ke bandar Kajang .

Untuk bandar Ampang pula , perkhidmatan bas percuma membabitkan lapan hentian yang bermula dari Jalan Ukay Perdana, Jalan Sungai Sering, melalui Riana Ukay 1, Lorong Sering 5, Jalan AU4/2, Jalan AU5, Persiaran Permata hingga Taman Melawati . Selain itu , Bas Smart Selangor juga akan melalui Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati serta SMK dan SRK Lembah Keramat .

Menariknya , semua Bas Smart Selangor ini mempunyai ciri yang lengkap dengan kemudahan seperti tempat duduk keutamaan , berkapasiti 60 orang penumpang , kemudahan Wifi dan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU)

Perkhidmatan bas percuma ini akan diperluaskan perkhidmatannya ke kawasan luar bandar seperti pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang (MPSj), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) secara berperingkat mulai tahun 2016 ini .

Perkhidmatan bas percuma ini adalah hasil dari kerjasama antara kerajaan negeri dengan syarikat perkhidmatan bus Rapid Sdn. Bhd . .



~Sumber Informasi ~


1 Response to "Perkhidmatan Bas Percuma Di Selangor"

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...