Assalamualaikum ...
Sebab Jin Jatuh Cinta | Kita hidup di alam ni berkongsi dengan makhluk lain sebenarnya . Maka , kita perlu jaga adab berpakaian terutama ketika mandi dan tidur . Bimbang makhluk yang tak nampak tu terliur nanti . Sebenarnya sudah banyak yang terjadi kes jin jatuh cinta cuma tak ramai yang perasan .
Sebab Jin Jatuh Cinta
Kalau tanya pada ustaz yang pakar , sebab jin jatuh cinta ni banyak . Selain dari saka , kecantikan dan kekacakkan seseorang itu , juga gemar tidur pada waktu lepas asar , mandi dalam keadaan berbogel adalah antara penyebabnya .
Tanda Diganggu Jin
Tidur terlentang boleh sebabkan wanita rasa macam ditindih , sukar untuk bergerak dan bercakap
walaupun dalam keadaan sedar . Itu maknanya anda sedang diganggu jin . Apabila anda tidur selepas waktu asar , anda rasa susah nak buka mata walaupun anda sudah sedar / terjaga .
Cara Elak Jin Jatuh Cinta
Kaum wanita sama ada bujang atau isteri tetap menjadi pilihan utama jin . Untuk elak menjadi mangsa dinodai jin , haruslah kita
- mandi dengan sopan ( berpakaian )
- jangan mandi lewat petang terutama pukul 7 pm
- jangan tidur selepas waktu asar
- jangan tidur dengan kain terdedah ,
- jangan tidur dalam keadaan terlentang
- jangan tidur katil pisah dengan suami
Cara paling mudah untuk elakkan diganggu jin ,
On kan bacaan Rukyah sama ada dalam phone atau tablet sebelum anda tidur . Biarkan berulang - ulang hingga subuh . Boleh juga mainkan di radio guna cd .
Pembaca boleh muat turun bacaan Rukyah melalui youtube . Ambillah bacaan dalam tempoh 45 minit atau lebih .
Sekali Jin sudah jatuh cinta keadaan akan jadi lebih bahaya daripada ' sihir ' .
Sekiranya pembaca rasa ada gangguan , selepas 40 hari , cuba periksa pada bahagian celah / keliling peha , lihat jika ada kesan lebam . Jika pembaca dapati ada kesan lebam 5 lubang halus , itu tandanya jin sudah " menodai " pembaca .
Surah al - Baqarah ; 102 . Pembaca boleh baca berulangkali sehingga tertidur sekiranya rasa diganggu .
Sekiranya wanita itu sudah berkahwin , jin itu akan " menceraikan " si isteri dan suami tanpa sedar .
Terutama bagi yang tidur berasingan .
Sekiranya wanita itu belum berkahwin , jika ada yang merisik / meminang , maka risikan dan peminangan itu akan senyap begitu sahaja . Bila tiba masa mahu berkahwin jin itu akan cuba pisahkan mereka daripada berlangsungnya majlis pernikahan .
~ Ustaz Mohd Kazim Elias ~
~ Sumber Informasi ~
rukyah mmg elokla kalo dipasang tiap2 malam..
ReplyDeleteinsyallah.. terpelihara..
Takutttttt....
ReplyDelete