Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor | Percutian di pulau adalah pilihan ramai orang . Percutian itu lebih menyeronokkan jika bersama keluarga ketika musim cuti seperti sekarang ini . Apatah lagi jika pulau tersebut mempunyai pantai yang cantik , air laut yang membiru dan cetek sehingga boleh melihat spesisi haiwan laut , chalet yang menawarkan harga berpatutan serta banyak aktiviti yang boleh dilakukan .
Pulau Pangkor
Pulau Pangkor merupakan pulau peranginan yang tersohor di Malaysia selain Pulau Langkawi , Pulau Tioman , Pulau Redang dan lainnya . Pulau Pangkor terletak di jajahan kerajaan negeri Perak . Kedudukannya berdekatan Lumut , satu daerah yang terkenal dengan pengkalan TLDM ( Tentera Laut Diraja Malaysia ) .
Pulau Pangkor memiliki rangkaian pantai indah untuk pilihan para pengunjung daripada pelbagai latar ekonomi . Jika Pangkor Laut terlalu mahal dan eksklusif untuk pengunjung kos sederhana dan rendah , pantai Pasir Bogok , Teluk Dalam dan Teluk Nipah tidaklah mengecewakan dari segi keindahan dan kemeriahan aktiviti pantainya .
Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
Teluk Nipah antara pantai yang menjadi pilihan utama pengunjung . Terletak kira - kira 10 minit dari jeti Pulau Pangkor , Teluk Nipah tidak pernah sunyi dengan pengunjung tempatan pada setiap hujung minggu , cuti sekolah dan cuti awam .
Keindahan pantai Teluk Nipah dilengkapi dengan aktiviti pantai seperti banana bot dan memancing selain berkayak dan bermain jet ski . Gerai makan yang murah dimeriahkan lagi dengan gerai menjual barangan cenderamata menambah keceriaan suasana perkelahan di Teluk Nipah .
Teluk Nipah dilengkapi chalet dan tempat peranginan desa yang mampu disewa oleh orang ramai , malah ada kemudahan teksi van yang anda boleh sewa dengan kadar yang murah . Teksi van itu boleh membawa anda mengelilingi seluruh pulau termasuk kilang penghasilan makanan laut , tokong Fu Ling Kong dan juga kota lama tinggalan penjajah Belanda .
Satu lagi aktivit menarik di Teluk Nipah adalah ketika air surut .di mana pengunjung dapat berjalan-jalan di kawasan berbatu di hujung pantai . Selain dapat menikmati keindahan Pulau Giam dari jarak dekat , pengunjung juga berpeluang menikmati susunan bongkah batuan yang menakjubkan disamping mengintai kehidupan laut yang bermain di celah - celah batuan seperti siput jenis cowrie , kon , turban dan beberapa spesis lain serta timun laut yang banyak terdampar di pantai berbatu .
Pulau Giam ( Carol Island )
Pulau Giam atau dikenali juga dengan nama Carol Island boleh ditinjau menggunakan bot dengan harga yang berpatutan mreupakan kawasan bersnorkel yang kaya dengan pelbagai jenis ikan dan batu karang berwarna warni , monkey bay yang indah dengan airnya yang biru kehijauan selain aktiviti sukan air seperti kayak , luncur jet dan bot persiaran .
Di Pulau Giam , selain bersnorkel , anda boleh memberi ikan yang berwarna warni makan . Tidak jauh dari kawasan tersebut , terdapat batu besar yang unik . Jika dilihat dari sebelah kanan , batu tersebut menyerupai buaya yang sedang terdampar tetapi jika kita bergerak ke sebelah kiri , batu itu menyerupai penyu .
Satu lagi keunikan Pulau Giam ialah dapat dikunjungi dengan berjalan kaki ketika air surut kerana jaraknya yang agak dekat dengan pantai Taluk Nipah .
Teluk Nipah menjadi semkin indah apabila berlatarbelangkangkan jajaran bukit bukau yang menghijau . Keindahan alam semula jadi ini dapat dinikmati keseluruhannya jika berada di kawasan berbatu di hujung pantai Teluk Nipah .
~ Sumber Informasi ~
0 Response to "Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor"
Post a Comment
TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...