Rahsia Top 11 Penggembaraan , Trip Jalanan dan Makanan Enak Di Malaysia | Di Malaysia , selain terdapat pelbagai bangsa dan agama , terdapat juga pelbagai makanan enak dari pelbagai bangsa serta keindahan alam semulajadi dan tempat - tempat menarik untuk dilawati .
Rahsia Top 11 Penggembaraan , Trip Jalanan dan Makanan Enak Di Malaysia
Terlalu banyak rahsia menarik tentang Malaysia . Hanya 11 perkara saja yang amat menarik dan terkenal untuk anda ketahui melalui Rahsia Top 11 Penggembaraan , Trip Jalanan dan Makanan Enak Di Malaysia . Mulakan perjalanan anda dari utara Malaysia .
1- Perlis
Perjalanan dimulakn dengan menjamu selera anda melalui pesta hidangan makanan Malaysia - Thai Fusion Food yang sedap di Perlis .
2- Pulau Pinang
Teruskan ke Pulau Pinang untuk memburu lebih banyak makanan dan juga lukisan mural terkenal , Ernest Zacharevic .
Lukisan Mural Ernest Zacharevic
3- Perak
Lawati bandar lama yang sepi Bidor , Perak untuk semangkuk mi itik panas .
Pun Chun Restaurant, Bidor, Perak
Untuk tangkap lebih banyak gambar makan yang sedap , Huawei G8 telah membina ciri - ciri ' Food Mode ' bagi pemburu makanan sedap .
4- Cameron Highlands
Merasai pengalaman memandu melalui cerun dan bukit hijau di Cameron Highlands untuk berehat dan bersantai dalam udara yang sejuk lagi nyaman .
Boh Tea Plantations, Cameron Highlands
5- Batu Caves
Bergerak dan aktifkan kaki selepas beberapa jam anda memandu . Masa untuk anda mendaki tangga di Batu Caves!
6- Putrajaya
Menangkap beberapa pandangan paling indah di Putrajaya melalui banyak sudut yang menarik sambil mengetahui sejarah pembinaan dan hasil binaannya .
7 - Melaka
Belajar mengenai sejarah termasuk perdagangan dan penjajahan di Melaka melalui bangunan , makanan dan pakaian serta budaya hasil tinggalan para penjajah juga pantai Klebang yang indah .
Melaka Baba Nyonya Heritage Museum
8- Johor
Jangan lepaskan peluang melawati mercu tanda yang terkenal di seluruh dunia yang dibina menggunakan lego di bawah satu bumbung dan perupakan yang terbesar di Asia , Legoland . Selain itu ada juga air terjun dan pantai di Kota Tinggi , selain Gunung Ledang di Muar dan hutan paya bakau Kukup di Pontian . Semuanya hanya di Johor .
Legoland
9- Terengganu
Terengganu adalah tempat yang paling menarik untuk anda berenang dan menyelam di Pulau Redang . Airnya yang biru , serta pulaunya yang indah memikat , membuatkan anda berat hati untuk pulang . Jangan lupa untuk menikmati dinginnya air terjun sekayu , menerokai flora dan fauna di tasik dan sebelum pulang , singgah sebentar di bandar Kuala Terengganu yang menyediakan banyak tempat menarik untuk dilawati .
Pulau Redang
10- Sarawak
Kepada yang gemar menerokai gua , Sarawak adalah tempatnya . Ada banyak gua yang berusia ratusan tahun . Pantai Santubong juga indah untuk merehatkan minda . Jika anda mahu mengenali budaya kehidupan kaum bumiputera , boleh sahaja berkunjung ke kampung budaya Sarawak . Sebelum pulang , jangan lupa membeli kek lapis sarawak yang sangat terkenal itu .
Gua Nasib Bagus
11- Sabah
Nikmati keindahan dan udara dingin New Zealand hanya di Kundasang Sabah sambil menyaksikan lembu ala ' dairy milk ' .Jika anda mampu , dakilah Gunung Kinabalu dan nikmati makanan laut yang sedap lagi segar selain menikmati hidupan laut di pulau Sipadan dan lainnya terutama di daerah Semporna .
Kundasang
~ Sumber Informasi ~
Wah bestnya boleh jalan-jalan..
ReplyDeleteKita boleh dapatkan senarai homestay di kawasan Klebang yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
ReplyDeletehttp://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my
Begitu juga bagi INDAH Kembara Apartment & Hostel Klebang merupakan penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan di kawasan Klebang dan Bandar Hilir, Melaka boleh lawati http://www.indahkembara.com