Kongsi Niaga


Kongsi Niaga | Setiap orang memerlukan dorongan untuk memulakan perniagaan . Dorongan itu sama ada dalam bentuk luaran atau dalaman . Adakalanya dorongan itu timbul selepas mendapat galakan dan melihat kejayaan orang lain dalam bidang perniagaan . Ada juga yang cuba berniaga kerana mendapat sokongan dan dorongan dari pihat ketiga . 


Kongsi Niaga

Kongsi Niaga


Sekiranya ada orang yang anda kenali , tiba - tiba menawarkan diri untuk menyuntik modal dengan menjadi rakan kongsi pernigaan anda , adakah anda akan terima ? Kelebihan bila anda ada rakan kongsi niaga , setiap perjalanan perniagaan anda akan dilakukan bersama . Bermula dengan modal , operasi , risiko , tenaga , idea , pemasaran dan sebagainya . Pun begitu , kongsi niaga ini tetap wujud keburukannya .

Kebaikan 


Ada beberapa kebaikan kongsi niaga jika anda berhasrat mahu mencari rakan kongsi kepda perniagaan anda seperti :

1- Kurangkan Beban


Dapat menggabungkan segala sumber yang dimiliki dan menggembeleng tenaga untuk menjayakan perniagaan yang dilaksanakan . Justeru itu , ramai usahawan yang memulakan perniagaan dengan berkongsi beramai - ramai . Bila ramai rakan kongsi , maka banyaklah pandangan dan cara pemasaran . Selain itu , perniagaan juga boleh dilakukan dalam satu pasukan .

2- Pengagihan Kerja


Perniagaan melibatkan pelbagai pihak dan meliputi konteks yang luas . Kongsi niaga dapat membantu dalam pengagihan kerja . Dengan itu , kerja mereka lebih fokus keada tugas dan usaha mereka . 

3- Membuat Keputusan


Ada masanya , peniaga perlu membuat keputusan dalam keadaan yang genting . Jika lambat buat keputusan , maka peluang akan terlepas . Apabila ada rakan kongsi , keputusan yang dibuat bersama sudah tentu lebih baik kerana sudah diambil kira buruk dan baiknya serta risiko jika ada , akan ditanggung bersama .

4- Melancarkan Perniagaan 


Peniaga yang mempunyai rakan kongsi , mempunyai keyakinan yang lebih tinggi daripada peniaga dan usahawan ' one man show ' . Rakan kongsi niaga membolehkan setiap perkara boleh dihadapi secara bersama khususnya tatkala berhadapan dengan cabaran getir perniagaan . Pada saat itulah kehadiran rakan kongsi niaga dapat berkongsi segala - galanya amat diperlukan .

5- Kepercayaan Pelanggan


Bila ada rakan niaga , maka lebih mudah untuk mendapat kepercayaan pelanggan dan pihak luar terhadap keupayaan serta kemampuan perniagaan anda . Sekurang-kurangnya , rakan niaga anda akan memberi jaminan kepada pelanggan .

Keburukan


Namun begitu untuk berkongsi niga dengan orang lain hattaahli keluarga anda dan rakan baik sendiri tidaklah semudah yang disangkakan . Ini kerana , kebanyakan kongsi niaga akan berakhir dengan perpisahan dan tak kurang juga perbalahan . Realitinya , kongsi niaga selalu mengundang banyak persoalan dan permasalahan sehingga menjejaskan seluruh operasi perniagaan .

1- Pentingkan Diri


Masing - masing mahu kelihatan menonjol dan merasakan pendapat dan perancangannya adalah yang terbaik . Keadaan ini berlaku apabila pelaburan modal yang mereka keluarkan itu sama banyak atau terdapat dua nakhoda dalam satu kapal .

2- Perbezaan Pandangan


Perbezaan pandangan memang tak dapat dielakkan . Masalah akan muncul bila pertentangan pendapat berlaku pada perkara dasar dan matlamat yang dikongsi bersama sebelum ini . Masalah akan jadi lebih rumit bila tidak ada yang mahu mengalah .

3- Terlalu Ramai


Bila terlalu ramai rakan kongsi , maka campur tangan dalam urusan syarikat juga semakin banyak . Rakan kongsi yang aktif boleh menimbulkan masalah pada syarikat . Rakan kongsi yang kurang aktif pula adalanya lepas tangan kerana tidak mahu berbalah . Manakala rakan niaga yang tidak aktif pula mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja .

4- Konsep Ali Baba


Memburukkan lagi keadaan jika perniagaan yang dijalanka adalah berasaskan kepada konsep ali baba iaitu satu pihak yang bekerja manakala seorang lagi dalam keadaan tidur dan goyang kaki . Keadaan ini akan membuatkan satu pihak itu merasa tidak adil kerana dia juga urut melaburkan modal .



Untuk mengatasi masalah yang berbangkit , perkongsian perniagaan perlu berlandaskan kepada konsep bekerjasama dan saling bergantung di antara satu sama lain . Untuk berkongsi perniagaan , perlu ada sikap toleransi dan tolak ansur diantara kedua-dua belah pihak . 





~ Sumber Informasi ~







3 Responses to "Kongsi Niaga"

  1. tang keburukan tu laa masalah yg sukar utk didepani

    ReplyDelete
  2. sy amat xberkenan dgn konsep ali baba.....untung nak tp xnak menyumbang tenaga...adehhhh.....

    ReplyDelete
  3. Perlu ada persefahaman..tapi bukan senang nak apply dlm semua situasi

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...