Kenali 99 Nama Allah ( Asmaa-ul Husna )


Assalamualaikum ...

Kenali 99 Nama Allah ( Asmaa-ul Husna ) | Mengenal 99 nama - nama Allah ( Asmaa-ul Husna ) merupakan satu jendela yang dapat membukakan hati kita kepada Allah s.w.t. Ia juga dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. di samping menggerakkan hati kita untuk melihat kebesaran Allah s.w.t. . 

Kenali 99 Nama Allah ( Asmaa-ul Husna )


Allah berfirman yang bermaksud :

" Katakanlah wahai Muhammad : Serulah nama ' Allah ' atau nama ' al-Rahman ' , yang mana saja kamu serukan ( daripada kedua-dua nama itu adalah baik belaka ) ; kerana Allah mempunyai banyak nama yang baik serta mulia . "
( Surah al-Isra' : 10 )

Firman Allah yang bermaksud :

" Hanya milik Allah Asmaa-ul Husna , maka bermohonlah keada-Nya dengan menyebut Asmaa-ul Husna itu . "
( Surah al-A'raf : 180 )


Kenali 99 Nama Allah ( Asmaa-ul Husna )

Kenali 99 Nama Allah ( Asmaa-ul Husna )


Bilangan nama Allah s.w.t. ialah 99 nama . Al Bukhari , Muslim , al-Tarmizi telah meriwayatkan daripada Abu Huairah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama . Sesiapa Yang menghafaznya dia akan memasuki syurga . Dan Allah s.w.t. adalah tunggal ( ganjil ) dan DIA suka perkara yang ganjil . "


Berdasarkan kepada hadis di atas , Rasulullah s.a.w. tidak sekadar menggalakkan umatnya menghafaz 99 nama - nama Allah ( Asmaa-ul Husna ) ini , tetapi sebagai umatnya kita perlu memahami dan menghadirkan maknanya dan merasai kesannya di dalam jiwa .


Kenali 99 Nama Allah ( Asmaa-ul Husna )



~ Sumber Informasi ~




4 Responses to "Kenali 99 Nama Allah ( Asmaa-ul Husna )"

  1. Perkongsian yang bagus sis.. TQ ya..
    jom hafal nama2 Allah...

    ReplyDelete
  2. sambil baca sambil cuba nyanyi.. mesti nak jugak ikut tune asmaul husna hehe..

    ReplyDelete
  3. teringat cerita seorg ustaz. ada seorg lelaki yg hafaz nama2 Allah ni dah akhirnya beliau smpi ke mekah tanpa menaiki kenderaan!

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...