Makanan Yang Paling Popular 2015 | Sepanjang tahun 2015 , terdapat lebih kurang lapan jenis makanan termasuk minuman yang menjadi popular . Bermula dengan meletakkan gambar makanan dan minuman tersebut di media sosial , menjadikan Makanan Yang Paling Popular 2015 itu menjadi viral . Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti mahu merasa keenakan makanan dan minuman tersebut .
Makanan Yang Paling Popular 2015
Kepada pemburu makanan sedap diluar sana yang masih lagi tidak mengetahui bahawa terdapat beberapa Makanan Yang Paling Popular 2015 yang menjadi idaman penduduk Malaysia , berikut SI kongsikan maklumat Makanan Yang Paling Popular 2015 supaya anda dapat merasainya sendiri keenakannya .
1. Pisang Goreng Cheese
Pisang goreng cheese memang sangat popular . Selepas tersebar di media sosial pada bulan Ogos , ramai yang post makan pisang goreng cheese selain mencuba buat pisang goreng cheese di rumah . Di Indonesia , pisang goreng cheese turut dihidang dengan 'taburan' coklat yang benar-benar membangkitkan keghairahan anda untuk mencubanya.
Di Malaysia , pisang goreng cheese dijual sekitar RM4 hingga RM5 dan boleh didapati di gerai tepi jalan di seluruh Malaysia.
2. Aiskrim Magnum
Aiskrim magnum franchisenya terletak di Mid Valley Kuala Lumpur telah menjadi viral di media sosial selepas gambar orang ramai beratur di luar semata - mata untuk menikmati aiskrim magnum . Selepas itu aiskrim magnum mula menjadi buah mulut rakyat Malaysia yang gilakan aiskrim magnum . Aiskrim Magnum dijual dengan pelbagai jenis perasa , topping , mengikut citarasa pembeli .
3. Aiskrim Pasu
Pada bulan Mac lalu , aiskrim pasu mula popular di media sosial . Selepas itu , ramailah pengguna media sosial berkongsi aiskrim pasu yang mereka makan . Pelbagai hiasan aiskrim pasu yang digunakan penjual untuk menarik minat pelanggan seperti pokok dan bungaan tiruan sebagai hiasan selain bahan campuran lainnya .
Harga aiskrim pasu ini dijual bermula dengan harga RM5 bergantung kepada hiasan dan coklat yang ditambah pada aiskrim pasu itu.
Harga aiskrim pasu ini dijual bermula dengan harga RM5 bergantung kepada hiasan dan coklat yang ditambah pada aiskrim pasu itu.
4. Nasi 7 Benua
Nasi 7 benua bermula di Pulau Pinang apabila pengguna media sosial berkongsi keunikan gambar nasi 7 benua . Uniknya mengenai nasi 7 benua ini adalah cara nasi 7 benua dihasilkan . Nasi 7 benua terhasil daripada kepelbagaian jenis nasi seperti nasi minyak, nasi tomato, nasi lemak, nasi hujan panas, nasi lemuni, nasi putih dan nasi kacang dalam satu hidangan ( pinggan ) yang kelihatan seolah-olah mewakili 7 benua. Sesiapa yang mahu makan nasi 7 benua , mereka boleh memilih lauk sendiri mengikut selera masing-masing .
Harga bagi sajian nasi 7 benua pula adalah tidak tetap , bergantung kepada harga lauk yang dipilih .
Harga bagi sajian nasi 7 benua pula adalah tidak tetap , bergantung kepada harga lauk yang dipilih .
5. Aiskrim Tongkat
Idea aiskrim tongkat terhasil dari dari Korea Selatan . Aiskrim tongkat mula manjadi buah mulut rakyat Malaysia sekitar bulan Februari lalu.
Aiskrim tongkat boleh didapati di pasar malam Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Masjid India, KL. Aiskrim tongkat ada 5 perisa iaitu coklat, strawberry, anggur, gummies, dan kacang. Harga aiskrim tongkat pula bergantung kepada permintaan pembeli.

6. Coffee King
Coffee King mula menjadi viral selepas beberapa gambar minuman ini ada di media sosial. Cofee King adalah hasil cipta anak tempatan .
Terdapat beberapa perisa antaranya Ice Coffee, Ice Black Coffee, Ice Cocoa, Ice Tea, Ice Green Tea dan Ice Lime Tea, yang dijual pada harga RM5 setiap satu .
Terdapat beberapa perisa antaranya Ice Coffee, Ice Black Coffee, Ice Cocoa, Ice Tea, Ice Green Tea dan Ice Lime Tea, yang dijual pada harga RM5 setiap satu .
7. Boat Noodle
Boat noodle pernah menjadi trend di kalangan masyarakat Malaysia. Boat noodle ini juga menjadi kegilaan di kalangan remaja juga selebriti . Boat noodle didatangkan dengan pelbagai perisa antaranya Pathumthani Beef Thai Rice Noodle, Ayutthaya Beef Thai Rice Noodle, Pathumthani Chicken Thai Rice Noodle, dan Ayutthaya Chicken Thai Rice Noodle.
Untuk harga satu mangkuk boat noodle adalah RM1.90. Boat noodle ada dijual di Publika Damansara dan beberapa lagi cawangannya yang lain.
Untuk harga satu mangkuk boat noodle adalah RM1.90. Boat noodle ada dijual di Publika Damansara dan beberapa lagi cawangannya yang lain.
~ Sumber Informasi ~
Saya suka pisang cheese :)
ReplyDeletesemua tu sy xpernah merasa heheheh.....
ReplyDeletesamalah kita . dah mcm org dok dlm gua lak kan ... heheheee ...
ReplyDeletedaripada 7 ni, 4 je aku tahu.
ReplyDelete