Permohonan BR1M 2016 Dibuka Bermula 5 Disember


Assalamualaikum ...

Permohonan BR1M Dibuka Bermula 5 Disember | BR1M ( Bantuan Rakyat 1 Malaysia ) merupakan agenda yang di tunggu - tunggu ramai rakyat Malaysia walaupun banyak kenaikan telah berlaku seperti bayaran tol , tambang KTM dan kenderaan awam lainnya , harga barangan juga perlaksanaan GST .


Permohonan BR1M Dibuka Bermula 5 Disember


Permohonan BR1M Dibuka Bermula 5 Disember


BR1M ( Bantuan Rakyat 1 Malaysia ) 2016 yang akan dibuka permohonannya kepada yang layak mulai esok , Sabtu 5 Disember 2015 sehingga 30 Disember untuk kemasukan 28 Januari 2016 . Sekiranya ada kesukaran untuk memasuki lama web rasmi BR1M , anda dinasikatkan melayarinya selepas pukul 12 tengah malam . BR1M ini walaupun nampak kecil sahaja jumlahnya tapi ia mungkin dapat membantu mereka yang sedang dalam kesesakan . 

Cara Memohon


Bagi anda yang mahu memohon BR1M 2016 menerusi borang permohonan, bolehlah pergi ke pejabat LHDN ( Lembaga Hasil Dalam Negeri ) yang berdekatan . Manakala bagi anda yang mahu memohon melalui atas talian , anda bolehlah layari https://ebr1m.hasil.gov.my/ .


Surat / Notis Pemakluman 


Anda akan menerima surat / notis yang akan memaklumkan sama ada permohonan BR1M 2016 anda diluluskan ataupun sebaliknya .


Pertanyaan


Sekiranya anda ada kemusykilan mengenai permohonan BR1M 2016 , kemukakan pertanyaan anda atau cari jawapan anda mengenai permohonan BR1M 2016 dengan menelefon atau melayari :



TALIAN HOTLINE LHDNM :
1-800-88-2716 (BR1M)

KEMENTERIAN KEWANGAN :
03-8882 4565 / 03-8882 4566

atau email kepada :
br1m@treasury.gov.my


~ Sumber Informasi ~




4 Responses to "Permohonan BR1M 2016 Dibuka Bermula 5 Disember"

  1. 2thn lps xlayak thn 2016 ni Cikna dpt,huhuu....;-)

    ReplyDelete
  2. sape yg lyak boleh mohon...yg xlayak...xyah mohon...bg peluang pd yg lain :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...