2018 Adalah Tahun Terakhir Untuk Tv Analog Di Malaysia



2018 Adalah Tahun Terakhir Untuk Tv Analog Di Malaysia | TV1 dan TV2 merupakan antara stesen tv yang masih menggunakan sistem tv analog . Teringat di zaman berpuluh tahun dulu , bila siaran habis akan keluar globe yang ada jam digital . Pada ketika itu , TV3 juga , NTV7 juga menggunakannya . 


2018 Adalah Tahun Terakhir Untuk Tv Analog Di Malaysia


Digital Terrestrial Television Broadcasting (DTTB)


Bermula tahun 2016 , tv Malaysia melangkah ke arah penambahbaikan sistem digital yang lebih besar . Ini bermakna , rakyat Malaysia akan dapat menikmati siaran tv digital percuma melalui perkhidmatan the Digital Terrestrial Television Broadcasting (DTTB) .

Digital Terrestrial Television Broadcasting (DTTB) ini akan menukar sistem sebelum ini yang menggunakan SD kepada HD . Selain itu , anda akan dapat menonton 30 saluran percuma , malah siaran tv juga akan diberi nafas baru dengan wujudnya perkhidmatan tv interaktif seperti membeli belah dalam talian yang memudahkan anda membeli dari rumah .

2018 Adalah Tahun Terakhir Untuk Tv Analog Di Malaysia


Cara Untuk Akses Digital Tv


Anda tak perlu risau bagaimana nak dapatkan siaran digital tv ni . Berikut adalah cara mudah untuk anda akses digital tv iaitu


2018 Adalah Tahun Terakhir Untuk Tv Analog Di Malaysia

1- Dekoder DTTV


MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) akan mengedarkan 2 juta set dekoder secara percuma untuk rumah yang layak dalam kumpulan pendapatan B40 .

Bila dekoder sudah sampai ke tangan anda , sambungkan kepada antena dalam rumah yang mudah alih ( yang mana termasuk di dalam pakej dekoder ) atau pada antena yang di pasang pada bumbung rumah untuk menerima isyarat DTTB 

2- iDTV


Sebagai alternatif kepada dekoder ,  integrated digital television (iDTV) akan menyediakan akses kepada DTTB juga . Pada masa yang sama , terdapat 168 model tv telah diiktiraf dapat menerima isyarat DTTB .


2018 Adalah Tahun Terakhir Untuk Tv Analog Di Malaysia


DTTV Malaysia


Tujuan utama adalah untuk memastikan iDTV memiliki stiker DTTV yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia ( SKMM ) .


Sticker rasmi DTTV Malaysia diletakkan di bawah DTTB Receiver Consumer Label , untuk memastikan peralatan dapat menerima perkhidmatan DTTB .






~ Sumber Informasi ~




5 Responses to "2018 Adalah Tahun Terakhir Untuk Tv Analog Di Malaysia"

  1. 3 tahun lagi tahun 2018, tak sabar menunggunya, itu pun jika Allah panjangkan usia...

    ReplyDelete
  2. Harap2 tergolongla dlm 2juta tu, nk rasa camne operasinye tu...

    ReplyDelete
  3. waaaa...xsabar nk tggu version digital tuhhh.....

    ReplyDelete
  4. Kat tempat saya di Sandakan (Sabah) dah dapat siaran digital MYTV akhirnya.. Terima kasih MYTV!

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...