Tasik Meromiktik - Taman Negara Pulau Pinang



Tasik Meromiktik - Taman Negara Pulau Pinang | Pulau Pinang yang teramat sinonim dengan Bukit Bendera dan Penang Street Art , sebenarnya memiliki banyak lagi tarikan istimewa yang anda mungkin tidak ketahui .


Tasik Meromiktik - Taman Negara Pulau Pinang

Tasik Meromiktik - Taman Negara Pulau Pinang


Di Pulau Pinang terdapat sebuah tasik yang amat unik . Tasik itu unik kerana terdapat hanya 19 sahaja tasik seumpamanya di seluruh dunia .  Tasik itu terletak di Telok Bahang iaitu di Pantai Kerachut dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang . Tasik itu dikenali sebagai tasik Meromiktik .


Tasik Meromiktik - Taman Negara Pulau Pinang


Meromiktik bermaksud dua lapisan air iaitu air laut dan air sungai yang tidak bercampur antara satu sama lain kerana air sungai kurang tumpat berbanding dengan air laut . Ini bermaksud , pada paras yang dalam ( panas ) , air tasik meromiktik itu akan berasa masin ( air laut ) manakala di paras atas ( sejuk ) pula , air tasik meromiktik itu berasa tawar .

Tasik Meromiktik adalah fenomena alam semulajadi yang hanya terdapat beberapa tempat sahaja di dunia yang dapat diketahui selain satu daripadanya terletak di Australia iaitu di Black Sea. 


Tasik Meromiktik - Taman Negara Pulau Pinang


Tasik Meromiktik ini akan terbentuk pada bulan Mei hingga September apabila berlaku peralihan musim monsun barat daya  dan juga pada November hingga Mac apabila berlaku peralihan musim monsun timur laut .

Apabila peralihan monsun itu berlaku , beting pasir akan terjadi berhampiran pantai akibat pergerakan angin dan ombak yang kerap . Beting pasir itu pula akan menghalang ombak yang membawa air laut memasukinya lalu membentuk satu lagun yang besar . Maka terbentuklah tasik Meromiktik .

Apabila musim monsun hampir berakhir , air laut akan mengalir keluar melalui alur yang terbentuk pada beting pasir dan hanya meninggalkan air tawar sahaja di tasik tersebut .


Tasik Meromiktik - Taman Negara Pulau Pinang


Tasik Meromiktik di Pantai Kerachut , Teluk Bahang mempunyai keluasan 2.77 kilometer persegi dan terbentuk daripada gabungan lima anak sungai yan terdapat di dalam kawasan hutan Taman Negara Pulau Pinang .


Tasik Meromiktik - Taman Negara Pulau Pinang


Anda boleh menggunakan sama ada jalan darat ataupun jalan laut jika mahu ke tasik Meromiktik . Untuk sampai ke Pantai Kerachut Taman Negara Pulau Pinang , anda hanya perlukan 1 jam 30 minit . Di sepanjang perjalanan ke tasik Meromiktik , anda boleh saksikan juga keindahan tumbuhan dan pokok hutan yang terdapat di Taman Negara Pulau Pinang


Tasik Meromiktik - Taman Negara Pulau Pinang



Jika anda bernasib baik , anda akan menemui penyu mendarat untuk bertelur juga anak penyu yang berlarian ke arah laut di pantai Kerachut .


Tasik Meromiktik - Taman Negara Pulau Pinang


Sekiranya anda memilih untuk menaiki bot untuk ke tasik Meromiktik , anda hanya perlukan 30 minit untuk sampai ke Pantai Kerachut . Selain merasai lambungan ombak laut , anda juga akan dapat saksikan batu yang berbentuk seperti buaya yang sedang berehat dan juga batu yang berupa bentuk penyu . Apakah ada cerita disebalik bentuk batu tersebut , tidaklah diketahui . Anda juga akan berpeluang melihat sekawan helang putih terbang berpasangan di sepanjang pesisir pantai .


Tasik Meromiktik - Taman Negara Pulau Pinang


Ramai pengunjung yang mengambil peluang bermandi manda di tasik Meromiktik ini kerana dikatakan bahawa kandungan air tasik Meromiktik mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan yang dikatakan hampir sama dengan " Epsom Salt " .



~ Sumber Informasi ~



1 Response to "Tasik Meromiktik - Taman Negara Pulau Pinang"

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...