Cara Pagar Rumah


Assalamualaikum ...

Cara Pagar Rumah | Hujung minggu depan adalah cuti panjang bila Mualidur Rasul jatuh pada hari Khamis dan pada hari Jumaat pula adalah hari Krismas . Sudah tentu ramai antara anda yang sudah merancang percutian keluarga apatah lagi ianya adalah cuti persekolahan . Maka mudahlah untuk anak - anak anda . Ada juga yang sudah menetapkan majlis kahwin dan bertunang .


Doa Pagar Rumah

Cara Pagar Rumah


Hendak meninggalkan rumah untuk sehari pun adakalanya merasa bimbang apatah lagi jika beberapa hari . Macam - macam boleh berlaku . Kalau tidak ada barang berharga pun , tetapi kalau perabot rumah serta peralatan elektrik hilang , sudah cukup buat kita terduduk sekejap di kala harga barang yang kian mahal sekarang ini . Maka sebab itulah perlu cara pagar rumah .

Di tempat SI , baru beberapa minggu lepas , rumah diceroboh masuk hanya selepas tuan rumah keluar untuk beberapa ketika . Mujurnya jiran cepat bertindak dengan menelefon tuan rumah yang hanya keluar untuk makan bersama keluarganya di kawsan berdekatan . Rupanya peceroboh itu sudah lama memerhatikan rumah tersebut . Bila ditanya jiran , penceroboh tu kata nak tarik kereta dengan membawa sebilah parang .

Untuk memastikan tiada orang ceroboh rumah anda , anda boleh saja melakukan pemagaran rumah yang anda lakukan sendiri . Cara pagar rumah yang mudah iaitu anda hanya perlu membacakan ayat ke-9 dari surah Yassin sekurang- kurangnya 7 kali pada sekampit garam kasar untuk dalam rumah dan pada pasir atau tanah untuk luar rumah . Kemudian taburkan tanah / pasir pada 4 penjuru di luar rumah dan taburkan garam pada setiap penjuru yang ada di dalam rumah dengan niat minta Allah lindungi rumah dari diceroboh .

Selain itu , bila anda mahu keluar dari rumah , amalkan membaca ayatul Kursi sebanyak 7 kalli dan surah al-Ikhlas ketika mahu mengunci rumah dan gril . Boleh juga tiupkan pada tombol pintu dan manga pada gril . Yang ini SI memang selalu amalkan . Ini tips dari ustaz fauzi juga Dr. Fadzilah Khamsah .

Semoga cara pagar rumah di atas dapat membantu anda .



~ Sumber Informasi ~





0 Response to "Cara Pagar Rumah"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...