Kilauan Batu Permata


Kilauan Batu Permata | Pernahkah anda berfikir bagaimana sebiji batu kecil yang lut cahaya dapat menerbitkan kemilau cahaya yang begitu indah di pandang ? Kerana kemilau cahaya itulah menyebabkan batu ini mahal di pasaran . Lagi kemilau cahayanya , lagi mahal harganya . Justeru itu , sesiapa yang dapat memakainya akan merasa bangga dan hebat .


Kilauan Batu Permata


Batu Permata


Permata adalah bahan semula jadi paling keras di dunia yang dibina dari atom karbon yang digabungkan rapat - rapat dan diikat dengan talian kovalen yang teguh , memberinya sifat padat , kukuh dan tahan panas . Oleh sebab itu , jika mahu memotong seketul batu permata dengan bahan semula jadi , anda hanya dapat melakukannya dengan pisau yang diperbuat daripada permata juga .

Fitrah batu permata yang keras sebegitu berpunca daripada tekanan kuat yang memampatkan atom karbon di dalam perut bumi . Nama diamond dalam bahasa Inggeris pun datang daripada perkataan Yunani , adamas , yang bermaksud " tidak terkalahkan " . Perkataan itu merujuk kepada kekerasan dan keindahan sebutir permata yang tidak dapat ditewaskan oleh bahan lain .

Kekerasan dan keteguhan batu permata itu , menyebabkan batu permata sering dijadikan cincin pertunangan dan perkahwinan . Permata tidak akan tercalar dan akan kekal bersinar sampai bila - bila , membuatkannya sesuai disarung pada jari jemari dan dipakai setiap hari . Walaupun terdedah kepada aktiviti harian yang pelbagai , batu permata akan tetap berkilau , menjadi simbol sesuatu pertunangan atau pernikahan .

Kilauan Batu Permata


Dari manakah datangnya kemilau batu permata tersebut ? Percikan cahaya batu permata berpunca daripada susunan atomnya yang membolehkan pantulan sinar dalam indeks refrektif yang tinggi . Cara sebutir permata itu dipotong sebelum ditatahkan pada cincin atau barang kemas juga menyumbang kepada gemilang kilauannya . Jika salah dipotong , kilauan permata akan menyusut .

Kajian batu permata tertakluk dalam bidang gemologi , iaitu salah satu cabang mineralogi . Ahli gemologi menggabungkan pengetahuan yang mendalam dalam bidang sains dan seni untuk membuat kajian dan rujukan tentang batu bernilai . Mereka menentukan harga , bentuk , cara memotong yang optimum , komposisi atom dan sifat permata lain .

Walaupun kebanyakan batu permata adalah lut cahaya dan sirna warna , tidak semua batu permata mempunyai sifat tersebut . Ada juga butian batu permata yang berwarna warni sama ada kuning , biru atau merah jambu . Oleh sebab batu permata yang bertinta warna amat jarang dijumpai , selalunya permata itu dijual dengan harga yang berlipat kali ganda lebih mahal daripada batu permata biasa yang sirna warnanya .

Permata Tiruan


Oleh kerana harga bagi batu permata asli sangat mahal , maka terhasillah bahan pengganti seperti kristal , zirkoni dan silikon karbaid . Kesemuanya memiliki kemilau yang tidak jauh bezanya dengan batu permata asli .

Dengan kemajuan sains dan teknologi , ahli gemologi dan penyelidikan industri batu permata dapat menukakan atom karbon menjadi sebutir permata tiruan dalam hanya beberapa jam sahaja . Permata tiruan ini mempunyai sifat geologi yang sama seperti sebutir batu permata asli , tidak seperti kristal , zirkonia dan silikon karbaid .

Untuk menghasilkan permata tiruan ni mudah sahaja . Mula - mula , beberapa ketul grafit ( tidak berbeza daripada grafit hitam dihujung pensil ) diisi di dalam ruang mesin dan tutup pintunya . Pastikan keadaan kedap di dalam ruangan dalamnya . Kemudian berikan tekanan sehingga 58 000 kali tekanan atmosfera dan suhu ditinggikan menjadi sehingga 2300 darjah Fahrenheit .

Tekanan dan suhu yang melonjak tinggi akan menceraikan atom karbon di dalam ketulan grafit , menyebabkan atom tersebut bergabung semula dalam ikatan kovalen yang lebih rapat . Biarkan tekanan dan suhu tinggi tersebut berlanjutan selama tiga hari . Selepas itu anda akan mendapati seketul batu permata yang seolah-olah asli terbentuk dan hanya perlu dipotong dan direka bentuk menjadi bahan perhiasan . Permata itu juga dapat digunakan sebagai alat pemotong atau bahan asas cip komputer yang tahan panas .

Negara pengeluar batu permata utama dunai adalah Afrika . Selain itu , negara seperti India, Kanada , Rusia , Brazil dan Australia juga membekalkan batu permata untuk pasaran dunia . Walaupun batu permata merupakan barangan mewah , namun tidak mustahil satu hari nanti ianya adalah barangan mampu milik oleh golongan biasa kerana kemajuan sains dan teknologi .



~ Sumber Informasi ~





0 Response to "Kilauan Batu Permata"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...