Pameran Ilusi Petrosains : Tidak Seperti Yang Anda Lihat



Pameran Ilusi Petrosains : Tidak Seperti Yang Anda Lihat | Jika anda berkunjung ke KLCC ( Kuala Lumpur City Center ) , anda boleh membawa anak anda malah anda juga untuk mempelajari dan mengetahui banyak perkara berkaitan sains di Petrosains .


Pameran Ilusi Petrosains

Petrosains


Petrosains, merupakan sebuah galeri sains petroleum interaktif yang bertaraf dunia . Petrosains merupakan mercu kepada kejayaan Petronas khususnya dan rakyat Malaysia amnya . Petrosains terletak di tingkat empat dan lima KLCC .
Terdapat sebanyak lebih kurang 150 bahan pameran yang terdapat di Petrosains untuk anda jelajahi . Bagi para pelajar , Petrosains menyediakan peluang untuk anda mengetahui lebih mendalam bagaimana sesuatu teknologi itu berfungsi .

Pameran Ilusi Petrosains : Tidak Seperti Yang Anda Lihat


Sempena cuti sekolah ini , Petrosains telah mengadakan pameran illusi yang dinamakan Pameran Ilusi Petrosains : Tidak Seperti Yang Anda Lihat . 
Pameran Ilusi Petrosains : Tidak Seperti Yang Anda Lihat ini sama seperti mana yang pernah dipamerkan di Charlotte, North Carolina, Amerika Syarikat . Petrosains KLCC merupakan tempat pertama di Asia yang dipilih untuk mengadakan pameran ilusi . Ini menjadikan pameran ilusi ini sebagai pameran ilusi yang anda perlu kunjungi .

9 Jenis Pameran Ilusi 


Terdapat 9 jenis pameran ilusi yang dipersembahkan di Petrosains KLCC yang menarik untuk anda dan anak - anak anda ketahui bagaimana ianya boleh terjadi .

1- Pintu masuk yang kelihatan seperti tirppy waze dan wraped . 
2- Botol magik ciptaan Jeff  Scanlan , seorang artis dari Amerika . Semua benda yang ada di dalam botol itu dimasukkan tanpa memotong , mengubah atau direka semula dalam apa juga cara sekalipun .
3- Air menitis ke atas . Satu situasi yang akal kita sukar nak terima .
4- Berjalan di atas gelung tanpa henti .
5- Bakteria merangakak ke tangan anda .
6- Memotong rambut yang buat anda rasa kegelian .
7- Melakukan headbanding untuk hidupkan sesuatu .
8- Televisyen ajaib . Melihat apa yang orang lain tonton menggunakan kaca mata khas .
9- Ilusi  Hurwitz Singularity .

Pameran Ilusi Petrosains : Tidak Seperti Yang Anda Lihat ini berlangsung sehingga 10 Januari 2016 . Tempoh yang agak panjang ini memberikan anda ruang untuk mencari masa yang sesuai mengunjungi Pameran Ilusi Petrosains : Tidak Seperti Yang Anda Lihat  .





~ Sumber Informasi ~



4 Responses to "Pameran Ilusi Petrosains : Tidak Seperti Yang Anda Lihat"

  1. Best nye da lama x g petrosains

    ReplyDelete
  2. Teringin nak ke Petro Sains nti sis.. bawa anak mesti dia excited.. :)

    ReplyDelete
  3. Pameran ni bermula spnjg cuti sekolah ke?

    ReplyDelete
  4. dh lama xpergi pameran petrosains ni....kali terakhir tahun 2005....hihihi

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...