Cara Solat Bagi Orang Sakit


Assalamualaikum ...

Cara Solat Bagi Orang Sakit | Tidak ada alasan bagi seseorang Islam untuk tidak menunaikan kewajipannya dalam mendirikan solat walaupun sewaktu dia berada dalam keadaan sakit .


Cara Solat Bagi Orang Sakit

Cara Solat Bagi Orang Sakit


Islam telah menggariskan cara - cara solat bagi orang sakit bagi memberi peluang kepada orang sakit untuk beribadat selagi akalnya masih dalam keadaan sedar dan waras .

Solat Cara Duduk


Lakukan solat dalam keadaan duduk seperti duduk antara dua sujud . Lakukan takbiratulihram dan bacaan al - Fatihah serta surah seperti solat biasa .

Apabila rukuk , memadai dengan menundukkan kepala sehingga dahi setentang dengan tempat sujud . Kemudain , sujud boleh dilakukan sama seperti solat biasa .

Jika tidak mampu untuk sujud , memadailah dengan menundukkan sedikit badan melebihi tunduk bagi rukuk . Cara ini sama seperti dari mula bersolat sehinggalah ke rakaat yang terakhir .

1- Duduk Atas Lantai

Semua pergerakan solat cara duduk atas lantai di atas dibawah mengikut kemampuan pesakit .

Cara Solat Bagi Orang Sakit

2- Duduk Atas Kerusi

Sekiranya pesakit tidak mampu solat cara duduk atas lantai , pesakit bolehlah melakukan solat cara duduk atas kerusi . Jika pesakit tidak mampu duduk , rukuk dan sujud seperti biasa tetapi boleh berdiri tegak , maka hendaklah dia berdiri kemudian duduk di atas bangku kembali untuk melakukan rukun - rukun solat yang lain .



Cara Solat Bagi Orang Sakit

Solat Cara Baring 

Sekiranya pesakit tidak mampu solat cara duduk , pesakit boleh melakukan solat cara baring . Terdapat dua kaedah solat cara baring iaitu solat cara baring menelentang dan solat cara baring mengiring .

1- Baring Menelentang



Sekiranya tidak mampu berdiri atau duduk , solat boleh dilakukan solat secara baring menelentang di mana kedua-dua belah kaki diluruskan ke arah kiblat . Kepala hendaklah diangkat sedikit dan disandarkan ke bantal . Ini bagi memudahkan orang yang sakit itu menghadap kiblat .


Cara Solat Bagi Orang Sakit

Cara Solat Bagi Orang Sakit

2- Baring Mengiring


Cara solat baring mengiring adalah dengan berbaring mengiring di atas rusuk sebelah kanan . Pesakit perlulah diingatkan bahawa dada dan muka mestiah menghadap kiblat .


Cara Solat Bagi Orang Sakit

Cara Solat Bagi Orang Sakit

Solat Cara Pergerakan Isyarat Mata


Bagi yang tidak mampu bergerak , boleh melakukan isyarat kelopak mata dan pergerakan menundukkan kepala bagi rukuk , sujud , iktidal dan lain - lain lagi .


Cara Solat Bagi Orang Sakit


Sekiranya tidak mampu untuk menggerakkan anggota badan untuk melakukan solat , anda bolehlah menggunakan isyarat jari , isyarat tangan atau isyarat dalam hati .


( Indahnya Hidup Bersyariat : 103-109 )



~ Sumber Informasi ~



1 Response to "Cara Solat Bagi Orang Sakit"

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...