Penyakit Gusi | Penyakit Gusi atau Periodontal Disease merupakan infeksi kepada gusi , tulang dan tisu sokongan yang lain . Pada peringkat awal , hanya gusi yang terjejas , kemudian merebak kepada tulang dan tisu sokongan yang lain . Akhirnya , gigi akan menjadi longgar dan tercabut .
Penyakit Gusi
Anda memerlukan gusi yang sihat bagi menyokong gigi anda . Gusi yang tidak sihat kelihatan hodoh dan menyebabkan nafas berbau . Sudah tentu ianya sesuatu yang memalukan .
Ramai orang yang menderita akibat penyakit gusi . Kebanyakan orang dewasa hilang gigi mereka kerana penyakit gusi . Walaubagaimanapun , penyakit gusi dapat dielakkan . Pada Peringkat awal , penyakit gusi dapat diubati .
Gejala Penyakit
Jika anda mahu kenal pasti adakah anda sedang menghidap penyakit gusi , berikut adalah gejala penyakit gusi :
- gusi berdarah apabila gigi digosok
- gusi kelihatan kecut atau longgar
- gusi kelihatan merah dan bengkak
Penyebab Penyakit
Penyakit gusi berlaku kerana pengumpulan plak gigi . Plak gigi ialah lapisan lembut bakteria yang tidak dapat dilihat ang melekat pada gigi . Jika anda tidak menggosok dan tidak menggunakan flos gigi ( benang lilin ) pada gigi bagi membersihkan plak , bakteria itu akan menjangkiti gusi . Plak gigi juga mengeras setelah beberapa ketika dan menjadi tartar atau kalkulus yang merangsang gusi tersebut serta menjadikan infeksi lebih teruk lagi .
Penyakit gusi menjadi lebih teruk apabila
- tampalan ( filling ) lama yang mempunyai hujung yang kasar boleh memerangkap makanan dan merengsakan lagi gusi anda .
- gigi palsu yang tidak sesuai dengan gusi anda dapat memburukkan lagi keadaan .
- wanita lebih cenderung mendapat penyakit gusi semasa mengandung .
Cara Mengelak Penyakit
Sebelum anda terkena penyakit gusi , ada cara yang anda boleh gunakan untuk mengelakkan anda daripada pendapat penyakit gusi seperti
- gosok gigi anda dengan betulsekurang-kurangnya dua kali sehari , selepas sarapan pagi dan sebelum tidur . Berkumurlah dengan air selepas makan jika anda tidak dapat menggosok gigi .
- gunakan flos pada gigi anda sekurang-kurangnya sekali sehari sebelum tidur .
- makan secara tetap dan pilih makanan yang seimbang . Jika anda perlu mengambil makanan ringan , pilihlah yang sihat seperti sandwich dan buah - buahan .
- jumpalah doktor gigi setiap enam bulan sekali untuk pemeriksaan .
Jika anda dapati anda menghidap penyakit gusi , jumpalah doktor gigi untuk memastikan sama ada penyakit gusi anda masih boleh diubati . Doktor gigi dapat membantu anda dengan membersihkan plak dan tartar daripada gigi anda . Anda juga akan mendapat nasihat tentang cara membersihkan gigi yang betul .
~ Sumber Informasi ~
Memang tak boleh ambil mudah bab penjagaan gigi ni :)
ReplyDelete