Kebaikan Makan Timun Setiap Hari


Kebaikan Makan Timun Setiap Hari | Timun selalu menjadi sajian bersama nasi lemak . Selain itu , timun juga dimakan secara ulam bercecahkan sambal belacan . Timun juga menjadi bahan sampingan dalam hidangan satay . Malah ada juga yang gemar menjadikan timun sebagai jus minuman .


Kebaikan Makan Timun Setiap Hari

Timun


Timun merupakan sayuran dari keluarga tembikai . Anda boleh melihat persamaan antara timun dan tembikai melalui kulitnya . Timun adalah sayuran tropika yang boleh di dapati di banyak tempat di seluruh dunia . Walaubagaimanapun , ada sesetengah tempat memilih timun untuk dijadikan jeruk , menjadikan sebahagian nutrisi timun itu hilang .

Jika anda memakan timun segar , anda akan memperoleh banyak manfaat , terutamanya untuk kesihatan . Sebagaimana tembikai , timun mengandungi banyak air . Terdapat 96 % dari kandungan timun adalah air yang disuling secara semulajadi . Bila makan timun , anda dicadangkan supaya tidak mengupas kulitnya kerana mengandungi vitamin A yang tinggi .

Kebaikan Makan Timun Setiap Hari


Walaupun ramai orang menganggap timun adalah sayuran , secara teknikalnya , timun adalah buah-buahan . Timun adalah bersifat alkali dan memiliki mineral secara semulajadi dari alkali . Timun juga kaya dengan antioksidan termasuk vitamin A dan C .

Vitamin dan mineal lain yang terdapat pada timun adalah Folate , Manganese , Potassium , Silica , Sodium , Calcium , Molybdenum , Phosphorus dan Sulfur .

Timun juga mengandungi vitamin B kompleks tetapi dalam jumlah yang kecil . Tetapi anda masih boleh melihat timun itu berkhasiat , jadi anda boleh memasukkan timun di dalam diet seharian

Anda juga boleh meletakkan hirisan timun pada mata anda sebagai salah satu cara menjaga kecantikan . Ianya berkesan kerana adanya kandungan caffeic acid di dalam timun . Caffeic acid berkeupayaan untuk mengurangkan sembab mata . 

Bagi sesetengah orang , timun rasa hambar / tiada rasa , jadi mereka mengelak untuk makan timun . Walaubagaimanapun , timun boleh menghilangkan dahaga dan memakan sedikit hirisan timun sama seperti anda minum air . Disamping itu anda juga mendapat antioksidan yang berkhasiat untuk badan terutamanya jika anda merancang untuk makan barbeque atau makan makanan dipanggang dan makanan digoreng bersama kawan anda .

Senarai khasiat timun sangat banyak dan antaranya yang anda perlu ketahui adalah
  • timun mengandungi mineral alkali yang membantu mengawal pH darah pada tubuh . Oleh sebab itu , asid semulajadi yang mana membantu menenangkan dalam pelbagai jenis situasi termasuk duodenal dan kanser gastrik .
  • Timun juga berguna dalam menurunkan tingkat tekanan darah .
  • Kerana timun kaya dengan silica , mineral ini benar-benar membantu badan membina tisu penghubung seperti tulang , ligamen , tendons dan otot .

Semasa musim panas atau bila-bila masa saja anda merasa panas dan dahaga , minumlah segelas air timun atau kunyahlah hirisan timun . Ini dapat membantu menormalkan suhu tubuh dan kerap melakukannya dapat memberikan kelebihan kepada tubuh anda sebagaimana yang diterangkan di atas .



~ Sumber Informasi ~



4 Responses to "Kebaikan Makan Timun Setiap Hari"

  1. timun sedap..letak dalam sandwich banyak2..baru je buat untuk breakfst :)

    ReplyDelete
  2. mkn timun cicah sambal belacan....sedapnyerrrrr

    ReplyDelete
  3. bos sy dulu hari2 mkn timun so laa ni awet muda ;-)

    ReplyDelete
  4. sy suka mkn timun...terutama bila gigit ada bunyi.......hehehe

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...