Sejarah Rasul Ulul 'Azmi


Assalamualaikum ...

Sejarah Rasul Ulul 'Azmi | Diceritakan bahawa terdapat seramai 124,000 orang nabi dan 313 orang daripadanya adalah rasul . Rasul-rasul ini diutuskan oleh Allah s.w.t. untuk memimpin dan memandu umat pada zaman mereka supaya mentauhidkan Allah , melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya . 


Sejarah Rasul Ulul 'Azmi


Sejarah Rasul Ulul 'Azmi


Sejak dari zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w. , dakwah mereka untuk mendaulatkan syariat Islam sentiasa menghadapi cabaran . Daripada 313 orang rasul ini , 25 orang daripadanya adalah wajib diketahui oleh umat Islam . Namin begitu , hanya lima orang rasul sahaja yang layak menerima gelaran Rasul Ulul ' Azmi iatu Rasul pilihan dan Agung . Mereka Yang terpilih ialah NabiMuhammad s.a.w. , Nabi Ibrahim a.s. , Nabi Musa a.s. , Nabi Isa a.s. dan Nabi Nuh a.s. .

Rasul Ulul ' Azmi


Di bawah dipaparkan secara ringkas antara amalan , dugaan dan peristiwa yang dihadapi oleh rasul-rasul pilihan yang melayakkan mereka digelar Rasul Ulul 'Azmi khususnya untuk pengetahuan anak-anak kita . 

1- Nabi Muhammad S.A.W


Bapanya , Abdullah meninggal dunia sewaktu baginda masi dalam kandungan . Ibunya , Siti Aminah pula meninggal ketika bagindamasih kecil . Kemudian , bapa saudara Baginda , Abu Talib dan isterinya yang tercinta Siti Khadijah r.a. pula meninggal dunia pada peringkat awal kenabiannya . Mereka adalah antara orang yang banyak menyokong dan membantu kehidupan serta usaha-usaha dakwah Rasulullah s.a.w.
  • Kematian anak-anak Baginda berlaku pada waktu mereka masih kecil lagi . Yang tinggal dan membantu Baginda dalam menegakkan Islam ialah Siti Fatimah al-Zahrah .
  • Penentangan hebat kafir Quraisy terhadap Baginda khususnya daripada Abu Jahal , Abu Lahab , Abu Sufyan dan ketua munafik , Abdullah bin Ubay bin Salul .
  • Cedera dalam Perang Uhud di mana umat Islam tewas kepada tentera Quraisy Makkah .
  • Menghadapi ancaman hebat daripada penduduk Makkah selama 13 tahun menjadi Nabi serta menghadapi tentangan puak Yahudi Bani Quraidzah , Bani Nadhir dan Bani Qainuqa' di Madinah .
  • Baginda taat beribadah , hormati orang tua , menyayangi kanak-kanak banyak berpuasa , berjaga malam , tangkas di medan perang , pemimpin yang berwibawa dan sebagainya .

2- Nabi Ibrahim A.S.


Penentangan kaumnya terhadap dakwah yang baginda bawa khususnya daripada bapa baginda sendiri .
  • Dihukum bunuh dengan dilemparkan ke dalam api yang marak oleh Raja Namrud . Dengan izin Allah s.w.t. , api menjadi sejuk dan baginda terselamat .
  • Baginda taat beribadah kepada Allah s.w.t. 
  • Baginda memperolehi anak ( Nabi Ismail ) apabila mengahwini Siti Hajar setelah sekian lamanya tidak dikurniakan anak bersama Siti Sarah . 
  • Kisah penyembelihan anaknya Nabi Ismail a.s. yang dijalankan semata-mata kerana taqwa terhadap Allah s.w.t. 


3- Nabi Musa A.S.


Walaupun baginda menjadi anak angkat Raja Fira'un yang zalim , baginda tetap tegas menjalankan usaha dakwah menegakan agama Allah . Penentangan Raja Fira'un dan kaumnya terhadap  baginda menjadi-jadi dengan cuban membunuh baginda .
  • Raja Fira'un memanggil tukang-tukang sihir untuk menundukkan Nabi Musa a.s. tetapi tongkat yang dianugerahi mukjizat menjadi ular besar menelan semua ular ahli-ahli sihir tersebut .
  • Bagina terpaksa melarikan diri bersama-sama para pengikutnya melintasi Laut Merah yang terbelah ( dengan pertolongan Allah ) sedangkan Fira'un dan bala tentera yang mengekorinya tenggelam di dalam arus laut yang deras itu .
  • Asiah , isteri Raja Fira'un ( ibu angkat Nabi Musa a.s. ) menerima dakwah yang baginda bawa .
  • Baginda kuat beribadah , kurang tidur dan banyak berzikir .

4- Nabi Isa A.S.


Baginda telah menghadapi tohmahan masyarakat kerana dilahirkan ( tanpa bapa ) oleh ibu baginda , Siti Maryam . Ini semua adalah kehendak dan kudrat Allah s.w.t. 
  • Penentangan berterusan daripada kaumnya sendiri .
  • Baginda kuat beribadah , kurang tidur dan banyak berpuasa .

5- Nabi Nuh A.S.


Baginda tabah menjalankan usaha dakwah sehinggakan  waktu banjir besar melanda kaumnya , baginda masih tetap mengajak isteri dan anak baginda supaya bertaubat dan mentaati perintah Allah . Isteri dan anak baginda akhirnya tenggelam dalam banjir manakala baginda bersama pengikut setia dan binatang-binatang selamat belayar di dalam bahtera .
  • dakwah baginda tidak diterima oleh anak dan isteri baginda sendiri .
  • Umur baginda yang melebihi 900 tahun kebanyakannya digunakan untuk mengajar umat baginda mengesakan Allah .
  • Baginda kuat beribadah , tidak mudah putus asa dalam usaha dakwah dan menyanyangi semua makhluk Allah .


( Indahnya Hidup Bersyariat : m/s 26-27 )



~ Sumber Informasi ~



0 Response to "Sejarah Rasul Ulul 'Azmi"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...