Assalamualaikum ...
Maulidur Rasul | Rasulullah Yang Agung | Maulid menurut bahasa Arab bermaksud waktu kelahiran atau tempat kelahiran . Manakala dari sudut istilah syarak , maulid bermaksud majlis perkumpulan orang ramai yang didalamnya dibacakan ayat - ayat al - Quran , meriwayatkan hadis - hadis yang berkaitan tentang kelahiran seseorang nabi di kalangan para nabi atau wali dikalangan para wali ataupun majlis untuk mengingati dan memuji perkataan serta perbuatan mereka .
Maulidur Rasul | Rasulullah Yang Agung
Sebelum Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan , bumi Arab tidak dikenali kerana ia adalah kawasan yang dipenuhi keganasan dan kekejaman . Penduduk-penduduknya berpecah kepada kabilah-kabilah dan mereka terus menerus bersengketa antara satu sama lain .
Apabila seorang manusia agung iaitu Muhammad diputerakan , baginda membawa agama ulung yang bernama Islam . Agama ini berjaya membersihkan cara hidup orang-orang Arab dan menyatupadukan mereka sehingga mereka menjadi umat yang satu . Rasulullah s.a.w. menyemaikan suatu konsep keimanan yang amat hebat kepada mereka . Akhirnya selepas sepuluh tahun berlalu , seluruh bumi Arab dapat dikuasai .
Firman Allah yang bermaksud :
" Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan ( perintah-perintah Allah ) sahaja ; dan Allah s.w.t. sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan .
( al-Maidah : 99 )
Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang paling agung . Keperibadian Baginda yang luhur , amanah serta bijaksana diakui oleh kawan dan lawan . Allah s.w.t. menyatakan perkara ini di dalam al-Quran surah Al-A'raf ayat 68 yang bermaksud :
" Tugasku menyampaikan kepada kamu akan perintah -perintah yang diutuskan oleh Tuhanku dan aku adalah pemberi nasihat yang amanah bagi kamu . "
Berdasarkan kriteria-kriteria inilah segala apa yang disampaikan oleh Baginda diterima pakai oleh sebahagian besar penduduk dunia sejak dahulu hingga sekarang . Ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda meliputi permasalahan yang bersifat rohaniah dan lahiriah agar kesempurnaan hidup itu mencakupi luaran dan dalaman .
Petah Berkata-kata
Rasulullah s.a.w. adalah seorang lelaki yang hebat dan petah dengan kata - kata yang berbalaghah ( bunga-bunga bahasa yang tinggi ) . Susunan kata-katanya mudah dan sesuai , ayat-ayatnya ringkas dilafaz dengan jelas . Petah kata-katanya dengan makna yang tepat serta tidak menggunakan bahasa yang dibuat-buat .
Baginda s.a.w. dikurniakan jawami'ul kalim ( ungkapan ringkas tetapi mengandungi makna yang padat dan luas ) , keindahan kata-kata hikmat dan mempunyai pengetahuan mengenai istilah yang digunakan oleh pelbagai kabilah Arab .
Baginda bercakap dengan setiap kaum menggunakan istilah masing - masing , berbincang menggunakan dialek mereka tetapi menandingi balaghah yang mereka miliki .
Percakapan yang diucapkan dengan orang - orang Quraisy tidak sama dengan percakapan yang diucapkan dengan mereka dari Hadramaut , raja-raja negeri Yaman dan para pembesar negeri Najd . Malah Baginda menggunakan perkataan dan penggunaan ilmu balaghah yang sesuai dengan kabilah yang sedang berbincang dengannya .
Sejarah Kehidupan
Baginda lahir dari Keturunan Quraisy (قريش) . Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M) . Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab , adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah . Ayahnya , Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun , menjadikannya seorang anak yatim piatu. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat (ibu susu:- wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah Øلمة السعديه di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.
" Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.
Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 64 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil perkahwinan baginda dengan Maria al-Qibtiyyah. Putera baginda bersama Maria bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil. Menurut rekod Nabi Muhammad mempunyai 13 orang isteri. Isteri-isteri baginda dikenali sebagai "Ummul Mukminin" yang bermaksud "ibu orang-orang beriman"
Pada suatu malam hari Isnin 21 Ramadan (bersamaan 10 Ogos 610), ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:
Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun setengah. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.
~ Sumber Informasi ~
Selawat dan salam atas rasul junjungan.
ReplyDeleteSalam maulidur rasul.
salam maulidur rasul..
ReplyDeleteAllahumma solli ala muhammad waala ali muhammad
ReplyDelete