Jenis Kain ( Tekstil )



Jenis Kain ( Tekstil ) | Kain merupakan salah satu industri tekstil yang sangat penting dalam kehidupan manusia . Di zaman Rasulullah lagi sudah ada penggunaan kain sebagai pakaian . Cuma fabrik yang digunakan pada zaman itu , tidaklah SI ketahui . Begitu juga pada zaman kerajaan Rom , Parsi dan sebagainya .


Jenis Kain ( Tekstil )

Kain ( Tekstil )


Tekstil sebenarnya adalah merupakan satu industri yang besar serta mempunyai skop yang sangat luas . Tekstil bukan sekadar untuk kain ( pakaian ) malah juga untuk bidang lain seperti carpet , automotif , decorasi , perabot , garmet , pembinaan ,  pakaian angkasa dan sebagainya .

Kain merupakan fabrik yang dibuat daripada benang . pada zaman dahulu , banyak sumber yang digunakan untuk menghasilkan benang antaranya ulat sutera , kapas dan sebagainya . Benang itu kemudiannya ditenun untuk dijadikan kain . Kain yang sudah siap boleh pula dijadikan pakaian untuk disarungkan pada tubuh badan . 

Jenis Kain ( Tekstil )


Kain merupakan tekstil yang mudah untuk dicorkkan mengikut pelbagai rekaan dalam masyarakat kita . Namun begitu , tidak ramai yang tahu kain yang mereka gunakan itu dari jenis material apa kerana tidak ada kepentingan untuk mengetahuinya . Sekiranya mereka tahu , pasti mereka akan rasa betapa pentingnya kain itu dalam kehidupan seharian mereka 

Golongan yang terlibat secara langsung dalam industri takstil seperti pengilang , penjual kain , pembuat batik , penjahit , pemilik butik dan lainnya perlu tahu secara asas tentang material / jenis - jenis kain . Terdapat banyak jenis kain yang anda tidak ketahui antaranya seperti berikut :

Kain Antelas


Kain Antelas merupakan kain yang berkilauan hasil daripada hiasan bahan logam yang berkilat . Dalam budaya Melayu tradisi , kain antelas selalu dikaitkan dengan kelengkapan pakaian yang indah seperti kain sutera atau satin yang berkilat - kilat dan kain berpanca logam .

Kain asas antelas adalah kain satin , sutera atau kain bergerus yang diperindah dengan cara menjahit tempel bahan kepingan logam tipis , manik atau potongan kaca pada tiap permukaan , juntaian atau tepi selendang . Bahan lain yang digunakan ialah benang emas , benang perak , labuci dan cemeki . Kain yang menggunakan bahan ini dikenali sebagai kain bersuji , bertekat manik atau kalau dihias dengan kepingan kaca diperikan seperti " meribu emas di pinggang / meribu emas di kaki " .


Jenis Kain ( Tekstil )

Kain Limar


Kain limar merupakan kain tenun yang menggunakan benang yang telah dicelup ikat . Teknik mengikat celup benang ini mula dikenali di India bagi menghasilkan kain patola yang menjadi tekstil penting dalam pasaran alam Melayu pada abad ke-12 yang dibawa oleh pedagang Gujerat .

Kain limar digunakan sebagai bahan penting dalam upacara adat seperti hadiah belanja hantaran , mandi bersuci , sebagai bengkung ikat pinggang dan juga kain penutup jenazah ( limar berayat ) .

Kain limar dianggap sebagai warisan budaya yang telah berusia lebih satu abad , Berdasarkan beberapa contoh daripada himpunan Muzium Budaya Tekstil Melayu , didapati beberapa ciri khusus wilayah asalnya . Kain limar dari Kelantan dan Terengganu misalnya , memilih warna cerah seperti hijau , kesumba dan ungu . Ada juga limar telepuk iaitu limar berhias prada . Limar juga dikenali sebagai kain tajoong di Lampung , limar bersongket di Kelantan dan Terengganu dan cindai di Palembang .

Pada zaman pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Kelantan , kain limar merupakan pakaian khas wanita istana .

Kain Sebai


Kain sebai adalah kain yang disangkut pada leher ebagai penutup bahu dengan kedua-dua puncanya bergantung di dada . Kain sebai diperbuat daripada kain sutera atau satin . Pada zaman dahulu , kain sebai disulam dengan bunga-bungaan dan dihiasi renda emas .

Kain sebai merupakan pakaian istana sebagai lambang kedudukan dan menjadi pakaian rasmi untuk masuk ke istana menghadap sultan . Kain sebai menjadi salah satu anugerah daripada sultan selain baju , kain dan destar . Pembesar istana yang terdiri daripada orang-orang besar hingga ke kekawat atau pawai memakai kain sebai yang berlainan . Selain digunakan dalam istiadat istana , kain sebai juga menjadi pakaian panggung  dan pengantin di Melaka .


( Ensiklopedia Sejarah Dan Kebudayaan Melayu )




~ Sumber Informasi ~





0 Response to "Jenis Kain ( Tekstil )"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...