Sujud Sahwi | Dengan lafaz Bismillah . Mulut dan hati membaca ayat yang sama . Tapi fikiran masih melayang . Khusyuk aka fokus tu memang susah sehinggakan ada kalanya terlupa sama ada yang rukun juga yang fardu sudah dilakukan atau belum . Tapi anda jangan bimbang sebab dalam Islam setiap masalah ada penyelesaiannya . Antaranya sujud sahwi .
" Maha suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa . "
Sujud Sahwi
Sujud sahwi bermaksud " lupa seketika " . Dari segi syarak , sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai tahiyat akhir sebelum memberi salam . Hukumnya adalah sunat .
Masalah Yang Berhubung Dengan Sujud Sahwi
Apa tindakan anda apabila tiba - tiba anda terlupa berapa rakaat sudah anda lakukan ? Sujud sahwi adalah jawapannya . Berikut adalalah panduan ringkas tentang sujud sahwi . Berikut adalah senarai masalah yang boleh diselesaikan dengan melakukan sujud sahwi .
1- Tertinggal Perkara Fardu / Rukun
Sekiranya tertinggal salah satu daripada fardu atau rukun , solat tidak boleh ditutup dengan sujud sahwi semata - mata . Ia hendaklah terlebih dahulu melakukan rukun yang tertinggal itu sekiranya jarak tidak jauh dan ia teringat pada waktu sebelum memberi salam .
MISALNYA :
Terus sujud dan meninggalkan rukuk ( terlupa ), maka hendaklah ia bangun semula untuk melakukan rukuk dan barulah dilakukan sujud sahwi selepas tahiyat akhir sebelum salam .
Ataupun ia teringat selepas salam , umpamanya , ia terlupa membaca al - Fatihah pada mana - mana rakaat , walaupun ia telah bercakap sedikit , maka bolehlah ia menyambung semula solatnya dengan menambah kekurangannya tadi dan disunatkan ia sujud sahwi .
Apabila seseorang itu terlupa melakukan salah satu antara sunat ab'adh ia tidak boleh kembali melakukannya setelah masuk ke rukun seterusnya dengan sempurna .
MISALNYA :
Terlupa membaca doa qunut kemudian ia sujud . Dalam sujud itu baru ia teringat , maka tidak boleh ia bangun semula untuk membaca doa qunut itu . Tetapi kalau belum sempurna sujudnya , maka bolehlah ia bangun semula untuk berqunut .
Sekiranya ia sudah turun daripada iktidal ( berdiri setelah rukuk ) dan belum sampai had rukuk , maka ia bangun membaca qunut , ia tidak sunat sujud sahwi .
Tetapi kalau sudah melampaui had rukuk , belum sampai sempurna sujud, dia boleh kembali membaca doa qunut tetapi sunat mengerjakan sujud sahwi .
Begitu juga jika tertinggal membaca tahiyat awal . Sekiranya ia teringat sebelum naik ke batas rukuk , maka bolehlah ia duduk membaca tahiyat dan tidak sunat sujud sahwi .
Sekiranya ia teringat setelah naik ke batas rukuk , tetapi belum sempurna berdiri , maka sunat ia sujud sahwi . Sekiranya telah berdiri , maka tidak boleh turun semula . Bahkan kalau dilakukan juga , maka solatnya batal .
Hanya disunatkan sujud sahwi sahaja untuk menampung sunat yang tertinggal itu .
2- Terlupa Sujud Sahwi
Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam , maka bolehlah ia sujud sahwi dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak terlalu lama . Walau bagaimanapun , kalau tertinggal sujud sahwi itu , tidaklah menjejaskan solat kerana ia sunat sahaja .
3- Imam Terlupa Sujud Sahwi
Sekiranya imam terlupa sujud sahwi , makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam .
Sumber : Indahnya Hidup Bersyariat / 110 .
Anda juga boleh pelajari cara sujud sahwi di SINI . Semoga link tersebut dapat membantu pembaca memahami kaedah sujud sahwi .
~ Sumber Informasi ~
terima kasih :D
ReplyDeletebetul.. kalau jadikan antara amalan pun okay kan.. kot ada lombong2 while solat..
ReplyDeletesujud sahwi bleh tlg kita..
Kalau di Perlis walau terlupa atau tak terlupa baca doa qunut waktu Subuh, tiada yang akan sujud sahwi kerana di Perlis qunut tak dibaca untuk solat Subuh sebab Perlis tak ikut mazhab Shafie. Bukan saja tak baca qunut, banyak amalan lain di Perlis berbeza dengan negeri2 lain di Malaysia termasuk tiada talqin dan tahlil ketika kematian, tiada kenduri aruah dan tiada qunut dan lain-lain...
ReplyDeleteYg jr maksudkn ikt mazhab maliki.
ReplyDelete