Assalamualaikum ...
Tekanan Ujian Tahap Iman | Tiada manusia yang bernyawa tidak pernah melalui tekanan . Zaman persekolahn , manusia diuji dengan tekanan menghadapi peperiksaan . Zaman remaja pula , manusia diuji dengan pelbagai pengaruh persekitaran sehingga menimbulkan krisis identiti .
Bila memasuki alam pekerjaan , manusia diuji dengan kerenah rakan sekerja , ketua atasan , kerja yang bertimbun , masa bekerja yang tak menentu dan sebagainya . Kemudian manusia akan melalui alam perkahwinan yang menyaksikan ujian berkaitan hubungan , kewangan karenah anak - anak , karenah suami / isteri dan sebagainya .
Tekanan Ujian Tahap Iman
Tiada manusia yang terlepas dari ujian - Nya . Allah menurunkan ujian keatas hambanya kerana DIA mahu lihat sejauh mana hamba - Nya beriman kepada - Nya dan seluruh ajaran - Nya adalah benar dan wajib diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya berhenti setakat di mulut sahaja . Maka , terimalah setiap ujian dari Allah itu dengan penuh redha , keikhlasan dan kesabaran . Pastinya , akan ada hikmah akan menyusul . Sama ada anda sedar ataupun tidak , ujian selalunya seiring dengan perjuangan .
Penawar
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. memberikan penawar untuk berdepan tekanan seperti sabda baginda yang bermaksud :
" Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada terkena duri atau yang lebih besar , tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut . "( Riwayat al - Hakim )
Ujian Lima Perkara
Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya , orang munafik yang sentiasa benci terhadapnya , orang kafir yang sentiasa memeranginya , syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya . Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya dan didalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah .
Elak Mengeluh
Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana mengeluh akan melemahkan semangat dan menerbitkan kecewa serta putus asa sedangkan Allah berfirman yang bermaksud :
" Sesungguhnya tiap - tiap kesukaran disertai kemudahan . "
( Surah al - Insyirah : 6 )
Lahir Kematangan
Yang penting , sering sematkan dalam hati , tanpa masalah atau ujian , tidak akan lahir kerana kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan .
0 Response to "Tekanan Ujian Tahap Iman"
Post a Comment
TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...