Multivitamin Lebih Baik Dari Makanan Segar ?

Multivitamin Lebih Baik Dari Makanan Segar ?Benarkah multivitamin lebih baik dari makanan segar? La ni kan banyak sangat multivitamin yang kata nya boleh kurangkan risiko kanser la , pulihkan penyakit la , meningkatkan metabolisma badan la , macam - macam lagi laaaa .


Multivitamin Lebih Baik Dari Makanan Segar ?


Multivitamin sebenarnya adalah pil yang mengandungi ekstrak buah -buahan atau sayuran . Oleh sebab itu kandungan zat dan vitamin didalamnya pekat dan tulen .

Sekiranya seseorang tu tidak sihat , lemah badan atau menghidapi penyakit kronik , anda digalakkan mengambil multivitamin sebagai makanan tambahanAda pula orang yang suka amil multivitamin sebagai diet seharian kerana sibuk bekerja tanpa punya masa yang tetap untuk menjamah makanan . Jadi , mereka fikir dengan memakan multivitamin , mereka akan mendapat zat yang seimbang untuk badan yang sihat .

Berdasarkan kajian Women's Health Initiative ( WHI ) , February 2009 di US , risiko mendapat kanser dan jantung sama sahaja . Tak mengurangkan pun . 

Kadar kematian disebabkan kanser , jantung , strok bagi pesakit yang mengambil multivitamin dengan pesakit tidak mengambil multivitamin , sama sahaja . TETAPI KADAR NI RENDAH BAGI ORANG YANG AMBIL LEBIH BANYAK BUAH - BUAHAN DAN SAYURAN SEGAR dalam diet pemakanan mereka .

Kenapa perkata itu terjadi ? Ini adalah kerana penghasilan multivitamin adalah melalui pelbagai proses serta PENAMBAHAN BAHAN KIMIA

Vitamin Dan Jenis Makanan


VITAMIN A     

  • hati
  • susu
  • buah dan sayur warna oren ( lobak merah , labu , mangga , pisang , oren , betik)
  • sayur berdaun hijau ( bayam )

VITAMIN B ( B1 , B2 , B6 , B12 , niasin , asid folik  biotin , dan asid pantotenik 

  • bijirin ( gandum , oat )
  • ikan
  • daging putih
  • telur
  • susu sayuran hijau
  • kacang panjang , kacang hijau

VITAMIN C

  • buah buahan ( kiwi, strawberi , tembikai, oren, limau, jambu batu )
  • kubis , brokoli

VITAMIN D

  •                             
  • susu
  • ikan 
  • bijirin
  • hati

VITAMIN E


  • bijirin (gandum oat)
  • kuning telur
  • sayur berdaun
  • ikan sardin
  • kining telur

VITAMIN K

  • sayur hijau
  • susu
  • minyak soya



~ Sumber Informasi ~






2 Responses to "Multivitamin Lebih Baik Dari Makanan Segar ?"

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...