ASSALAMUALAIKUM ...
Golongan Yang Mendapat Naungan Dari Allah | Orang yang beriman mengharapkan segala perbuatan , amal ibadah yang dilakukannya akan dapat meletakkan dirinya di bawah naungan Allah . Termasuk kita juga . Walaupun tak de jaminan , dah tentu kita cuba sebaik mungkin sebelum Dia membawa kita pergi meninggalkan dunia .
Berikut SI kongsikan bersama golongan yang mendapat naungan dari Allah :
1. Pemimpin yang adil .
Tak kira la sama ada di rumah , di pejabat , dalam masyarakat atau juga pada negara , memang susah nak jadi pemimpin yang adil . Nak berlaku adil pada anak - anak dan isteri dalam rumah sendiri pun belum tentu berjaya . Lagi la kalau ada lebih dari satu isteri . Kalau nombor 1 si suami belikan ikan kerapu , nombor 2 lak belikan ikan bawal , tak adil kan ! Masalahnya ialah no.1 suka ikan kerpau tapi no.2 lak suka ikan bawal . Macm mana tu ...
2. Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah .
Kalau nak tahu lelaki itu rajin beribadah , pertamanya , boleh dilihat dari wajahnya , keduanya , bila berada di luar , dia tak lupa mencari tempat untuk solat . Nak senang , cari je dalam masjid !
3. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid .
Bertuahlah kepada sesiapa yang menjumapi lelaki seperti ini . Bukan mudah sebenarnya sebab orang sekarang lebih suka menghadap gadget .
4. Dua orang yang cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah .
Subhanallah , pasangan seperti ini memang sangat hebat !
5. Lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta kaya untuk melakukan zina , lalu ia menjawab , " Aku takut kepada Allah " .
Ada juga lelaki yang beriman tapi rebah di depan wanita jelita .
6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberi oleh tangan kanannya .
Bila kita memberi atau menderma , elakkan dari beritahu pada orang . Cukuplah sekadar kita dan Allah sahaja yang mengetahuinya .
7. Seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya .
Sama ada kita boleh meletakkan diri kita diantaranya , tepuk dada tanya hati dan iman . Kita hanya boleh berusaha melakukan yang terbaik dalam hidup kita selagi masih ada kudrat , kesihatan yang baik . ingatan yang sempurna dan usia yang di beri .
Perkongsi yg bermanfaat.. tq sharing :)
ReplyDelete