Doa Supaya Orang membayar Hutang Pada Kita


Doa Supaya Orang membayar Hutang Pada Kita | Adalah perkara biasa bila kawan atau orang sekeliling kita meminjam RM pada kita . Masa nak dapat duit tu , lembut gigi daripada lidah semata - mata nak dapatkan persetujuan kita . Segala janji , pujuk rayu dan helah . Ada juga yang dengan cara bersahaja .

Doa Supaya Orang membayar Hutang Pada Kita




Masa berlalu , musim berganti . Janji nak memulangkan hanya tinggal janji . Kalau dapat cari penghutang , mereka akan memberi pelbagai alasan sebab tak dapat bayar . Ada pula , saja larikan diri sebab tak nak bayar hutang . Ada juga yang tak lari tapi belum dapat nak membayar hutang .



Jika benar tak dapat membayar sebab tidak berkemampuan , kita masih boleh bersabar . Tetapi bila tetiba kita lihat penghutang hidup selesa tapi beralasan bila diminta membayar , sudah tentu asap akan keluar daripada hidung tahap naga ! Orang macam ni memang tak makan saman ! Siapa yang kena macam ni , memang perlu menyabarkan diri . Lagi sakit hati bila tetiba kita dapat tahu duit tu untuk selesakan hidupnya . Siapa yang kena macam ni , memang perlu menyabarkan diri .




Doa Supaya Orang membayar Hutang Pada Kita


Alhamdulillah , tetiba sahabat blogger telah berkongsi kaedah untuk tuntut hutang di facebook nya . Mudah saja caranya :


Doa Supaya Orang membayar Hutang Pada Kita





Bacaan 7 mubin ini mengambil masa yang lama dan anda perlukan kesabaran melakukannya . Sekiranya anda tidak mampu melakukan amalan 7 mubin , ada juga cara lain yang anda boleh ikhtiarkan supaya orang membayar hutangnya seperti berikut mengikut turutan :

1- Bangun di sepertiga malam .

2- Lakukan solat sunat Tahajud .

Selepas bacaan al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua , bacalah
  • surah al-Insyirah sebanyak 3 kali
  • surah an-Nashr 4 kali
  • surah al-Ikhlas 7 kali
3- Selepas selesai solat , lakukan zikir seberapa banyak yang boleh sambil berniat di dalam hati supaya dibukakan dan dilembutkan hati orang yang berhutang untuk membayar hutangnya kepada anda . Zikirnya seperti berikut :

" Allah Humma Inni , A'uzubikamin , Gholabatiddaini , Wasyamatatil , Aqda'a "

4- Anda boleh juga amalkan zikir “ Ya Muzill !”

Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.


Jangan tanya saya sama ada ianya berkesan ke tak . Asalkan kita berusaha mencuba , selebihnya biarlah Allah yang menentukan tapi jangan putus asa untuk mencuba .

0 Response to "Doa Supaya Orang membayar Hutang Pada Kita"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...