Punca Pencemaran Udara Dalaman


Punca Pencemaran Udara Dalaman | Apabila menyebut mengenai pencemaran udara , kita sering membayangkan udara di persekitaran luar kita seperti jerebu di bandar-bandar besar . Namun sedarkah kita , pencemaran udara yang paling bahaya sebenarnya pencemaran udara di dalam rumah kita sendiri yang juga dikenali pencemaran udara dalaman .


Punca Pencemaran Udara Dalaman

Punca Pencemaran Udara Dalaman


Berikut adalah punca pencemaran udara dalaman yang perlu anda berikan perhatian kerana ianya kalau dibairkan boleh memberi kesan kepada anak dalam kandungan , warga tua , penghuni yang menghidap penyakit kronik juga kanak - kanak .

Asap Rokok


Asap yang dikenali sebagai 'second hand smoke' ini mebawa kesan ketara kepada mereka yang berada berdekatan mereka yang merokok seperti ketidakselesaan pada bahagian mata , hudung , kerongkong , bronkitis , asma dan juga merosakkan fungsi paru - paru .

Barangan Harian


Asap colok dan ubat nyamuk mengandungi unsur - unsur logam berat yang boleh termendap di dalam sistem respirasi manusia . Penggunaan dapur jenis arang kayu dan pemanas air akan membebaskan gas yang akan menyebabkan kerengsaan pada bahagian mata , tekak dan hidung , penyakit jantung dan barah paru-paru .

Pencemaran Biologi 


Pecemaran biologi termasuk debunga daripada tumbuhan , rambut dan bulu binatang peliharaan , kulat parasit dan sesetengah bakteria . Kebanyakan bahan ini boleh menyebabkan alahan selain asma dan demam .

Formaldehid


Formaldehid merupakan gas yang terbebas daripada permaidani , papan dan buih penebat atau penyalut yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada bahagian mata , hidung dan menyebabkan alergi pada sesetengah orang .

Radon


Radon merupakan gas yang terbebas secara semula jadi daripada tanah disebabkan pengudaraan yang kurang sesuai pada struktur rumah moden kini .



0 Response to "Punca Pencemaran Udara Dalaman"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...