Fakta Tentang Iran Yang Anda Tidak Tahu | Iran merupakan antara negara yang menyimpan tamadun tertua di dunia . Berumur hampir 6000 tahun . Iran terletak ditengah - tengah dibenua Eurasia ( Eropah di Asia ) , meletakkan Tehran sebagai ibu negaranya . Malah Tehran menjadi pusat perindustrian utama di Iran .
Fakta Tentang Iran Yang Anda Tidak Tahu
Banyak Fakta Disebalik Iran yang mungkin ramai pembaca tidak ketahui . Berikut adalah Fakta Tentang Iran Yang Anda Tidak Tahu . Antaranya :
Ibnu Sina
Ibnu Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains Iran . Ibnu Sina terkenal dengan ilmu perubatannya sehingga beliau diberikan gelaran al - Syeikh al - Rais ( Mahaguru Pertama ) . Bukunya al - Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialih bahasa ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine . Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun sehinggalah abad ke - 19 , bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan .
Minyak
Dari sudut ekonomi , tahukah anda bahawa minyak pertama di temui di Iran ? Bermula dari saat itu , perdagangan minyak menjadi tulang belakang ekonomi Iran .
Seharusnya , sebuah negara pengeluar minyak boleh meletakkan negara mereka menjadi negara maju kerana pendapatan dari hasil minyak itu bukannya sedikit . Pelbagai cara boleh dilakukan untuk meningkatkan ekonnomi serta taraf hidup rakyatnya .
Program Nuklear
Disebabkan pemerintah Iran merasakan bahawa ada unsur ancaman dari negara luar terutama Amerika Syarikat , maka pemerintahnya telah membangunkan program nuklearnya . Pada masa ini , Iran mempunyai beberapa makmal penyelididkan nuklear , sebuah lombong uranium , sebuah reaktor nuklear dan mempunyai sebuah loji pengayaan uranium .
Sekatan PBB
Malangnya , Iran lebih mengutamakan pembangunan nuklearnya sehingga membangkitkan kebimbangan kuasa - kuasa besar Eropah . Pada Jun 2010 , Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu telah meluluskan Resolusi 1929 yang mana antaranya mengenakan sekatan ekonomi dan kewangan tambahan ke atas Iran dengan menjadikan sektor gas dan minyak sebagai dagangan yang dilarang .
fakta menarik ..thanks sharing
ReplyDeleteJom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini