Kepentingan Mengurus Sisa Nuklear


Kepentingan Mengurus Sisa Nuklear | Perkataan nuklear telah menjadi satu konotasi yang negatif kepada masyarakat kita kerana kurangnya pendedahan mengenai kepentingan bidang tersebut dalam kehidupan seharian .

Kepentingan Mengurus Sisa Nuklear

Kepentingan Mengurus Sisa Nuklear


Penjanaan kuasa nuklear dengan menggunakan teknologi nuklear tidak menghasilkan gas karbon dioksida atau gas sulfur dioksida . Penggunaan teknologi nuklear menekankan prinsip pengurusan rawatan sisa nuklear bagi melindungi manusia dan alam sekitar daripada kesan sinaran . 

Sisa radioaktif tidak oleh dilupuskan begitu sahaja sebaliknya perlu disimpan dan dirawat ke dalam bentuk yang sesuai untuk dilupuskan . 

Secara amnya , pengurusan sisa radioaktif merangkumi pengumpulan , pengkelasan , prarawatan , rawatan , pengkondisian , pengangkutan , penstoran , dan pelupusan . 

Kerja-kerja merawat sisa radioaktif bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap laras keaktifan , bentuk sisa ( pepejal , cecair , gas ) dan separuh hayat bahan radioaktif yang terkandung di dalam sisa . 

Pada amnya , masalah sisa bagi yang mempunyai separuh hayat pendek walaupun keaktifannya tinggi ialah secara penstoran bagi suatu tempoh untuk keaktifan menurun . Jika ia mempunyai hayat separuh panjang , biasanya dirawat untuk mengurangkan isipadu seperti insinerasi , rawatan kimia , kaedah fizikal seperti pemampatan . Sementara sisa yang mempunyai keaktifan rendah memakai konsep cair dan sebar setelah ia mencapai tahap kebenaran ( clearance ) yang ditetapkan oleh puhak berkuasa .

Unsur radioaktif yang mempunyai jangka separuh hayat iaitu proses pereputan untuk menyusut keaktifan untuk ke peringkat separuh dalam masa tertentu sehingga ke peringkat stabil .

Sisa radioaktif dihasilkan daripada tiga punca utama iaitu menerusi aktiviti kuasa nuklear , bukan kuasa nuklear dan aktiviti perlombongan dan proses mineral .

Di Malaysia , sisa radioaktif kebanyakannya berpunca daripada pemprosesan mineral , industri cari gali minyak dan aktiviti bukan kuasa nuklear .

Kebanyakan sisa radioaktif di negara ini dihasilkan oleh hospital dan industri yang menggunakan bahan Cs-137 dan Co-60 .

Sebagai contoh , industri selalunya menggunakan bahan tersebut untuk kawalan mutu bagi mengesan tahap kandungan cecair dalam tin minuman atau produk lain . Punca atau radioaktif yang digunakan sebagai tolok nuklear itu dilupuskan sebagai sisa radioaktif .

Hospital pula menggunakan bahan radioaktif radiofarmaseutikal untuk diagnosis dan terapi penyakit yang menggunakan Cs sebagai tolok nuklear .

Punca radioaktif yang digunakan sebagai tolok nuklear itu dilupuskan sebagai sisa radioaktif apabila keaktifannya menurun kepada aras yang tidak sesuai .

Cs mereput separuh jangka hayat dalam tempoh 30 tahun manakala Co sehingga 60 tahun .


Kepentingan Mengurus Sisa Nuklear

Ringkasan Pengurusan Sisa Radioaktif


1- Perawatan


Proses pertama untuk menentukan kandungan radionuklid , pengasingan mengikut keadaan fizikalnya .


2- Rawatan - Prinsip Rawatan


Rawatan sisa tersebut digunakan bagi mengurangkan isipadu kepada tahap minimum dan mengubahnya kepada fasa yang stabil berdasarkan prinsip .

a) Tangguh dan susut

prinsip ini sangat sesuai untuk sisa yang mengandungi bahan radioaktif yang mempunyai jangka hayat pendek .

b) Pekat dan bendung

Prinsip berguna untuk sisa yang mengandungi radionuklid yang mempunyai separuh hayat panjang .

c) Cair dan sebar

Lazimnya untuk sisa yang telah mengalami proses rawatan yang mengandungi radionuklid sedikit .


3- Kaedah Rawatan


Dipilih bergantung kepada bentuk fizikal sisa tersebut .

a) Sisa pepejal

Sebelum penstoran , sisa pepejal dikurangkan isipadu dengan cara pemampatan atau insinerasi .

b) Sisa cecair 

Wujud sama ada sisa organik atau akuas . Proses rawatan yang digunakan temasuk penukaran iron , pemendakan kimia , sejatan , insinerasi , osmosis berbalik , ultratapisan , ekstrak pelarut dan bioremediation .

c) Sisa bawaan udara / gas

Penapis berkeupayaan tinggi menghalang zarah radioaktif daripada terbebas ke persekitaran . 


4- Pengkondisian 


Merujuk kepada pertambahan metrik pengikat cecair atau pepejal aktif bagi membentuk monolit yang homogen dan mempunyai sifat larutresap yang tinggi .

5- Penstoran


Dilakukan sebelum dikondisikan atau dirawat . Sebuah kemudahan perlu dilakukan untuk tujuan ini .

6- Tapak yang sesuai dipilih untuk pelupusan 





0 Response to "Kepentingan Mengurus Sisa Nuklear"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...