Android Sasaran Penggodam ?


Assalamualaikum ...

Android Sasaran Penggodam ? | Bismillah . Android di Malaysia dikatakan antara yang menjadi sasaran penggodam untuk mendapatkan maklumat perbankan . Sekali baca dah terasa seramnya . Maklumlah sekarang ini sudah menjadi fenomena membayar secara online menggunakan telefon pintar kerana cara itu lebih mudah dan cepat .


 Android Sasaran Penggodam ?


Android Sasaran Penggodam ?


Menurut laporan syarikat penyelidik keselamatan Kaspersky Labs dan Interpol , Android sasaran penggodam bagi tempoh Ogos 2013 hingga Julai 2014 apabila  sebanyak 60%  dari program berbahaya atau malicious telah direka khas bagi mencuri wang dan butiran perbankan pengguna .

Penggodam Menggunakan Malware


Lebih 588,000 pengguna Android di seluruh dunia menghadapi serangan kewangan perisian berbahaya atau malware , enam kali lebih tinggi daripada tempoh daripada 12 bulan sebelum ini . Sebanyak 3.4 juta malware di kesan dengan " Trojan - Banker " dan " Trojan - SMS " merupakan antara malware terbesar yang membolehkan penggodam mengakses kepada akaun bank pengguna .


Maka terjawablah kes - kes duit hilang dalam akaun bank . Ada yang bernasib baik dapat semula wang yang hilang . Ada juga bagai menunggu buah yang tak gugur kerana pihak bank berdolak dalik dengan status kes anda .




~ Sumber Informasi ~






14 Responses to "Android Sasaran Penggodam ?"

  1. tadi ada dengar juga
    kat msia ni merupakan penguna paling ramai di dunia
    mengakses internet menggunakan telefon pintar
    scary ye bila semua dah di hujung jari

    ReplyDelete
  2. Hati2 ketika berurusan secara online nie...

    ReplyDelete
  3. alahai itulah benda selalu berteknologi inilah yang bahaya hu..susah bagat ni

    ReplyDelete
  4. takut nyerrr... kalu bleh elak, better elakkan sblm menyesal dikemudian hari

    ReplyDelete
  5. Kalau perlu kita guna AV yang terbaik, dengar kata buatan malaysia KYROL Antivirus sedang giat diperkenalkan.

    ReplyDelete
  6. masa utk uninstall je benda2 mcm ni..
    memberatkan hp je.
    dahlah android selalu jem..
    huhu..

    ReplyDelete
  7. Nauzubillah.
    Memang terasa seramnya.
    Memang sllu guna online banking ni:(

    ReplyDelete
  8. Skg rasa risau je nk guna hp utk wat online banking...takut jdi pape kannn..kena sntiasa berhati2 skg ni kann..(^_^)

    ReplyDelete
  9. via smart apps ni selalu utk topup je lah.. kalau transfer utk benda2 lain, mmg tak lah.. huhu.. zaman skrg ni mcm2.

    ReplyDelete
  10. Tulah..sekarang ni macam-macam halkan..kita tak pernah lagi guna HP untuk transfer online..macam tak selamat je..he..he

    ReplyDelete
  11. Kena lebih alert ttg benda2 gini ..Perkemaskan sistem telefon pintar anda ..

    ReplyDelete
  12. Android mmg ada dlm hp kan....so maksudnya kita ni semua terdedah dengan bahaya tulah yeh Vee

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...