Apa Kelebihan Berbekam ?


ASSALAMUALAIKUM ...

Dengan lafaz Bismillah . Berbekam telah digunakan / diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW lagi . Ketika Baginda mahu mengeluarkan racun dari dalam badan sahabatnya Bisyr bin al - Barra ' yang telah memakan daging kambing panggang beracun pemberian Zainab binti al - Harris . Pada ketika itu racun tersebut telah meresap ke dalam darah sahabatnya . Hanya ada satu cara untuk mengeluarkan racun itu iaitu dengan berbekam . 


 Apa Kelebihan Berbekam ?


Berbekam Di Kepala



Berbekam di kepala adalah salah satu kaedah yang sangat digemari Rasulullah . Justeru itu , baginda kerap mencadangkan berbekam di kepala kepada para sahabat baginda serta sesiapa sahaja yang memminta nasihat atau cadangan dari baginda .

Dari Ibnu Abbas r.a. mengkhabarkan yang bermaksud ;
" Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berbekam pada bahagian kepalanya dalam keadaan beliau sebagai muhrim ( orang yang berihram ) kerana sakit pada bahagian kepalanya . "
( Hadis Riwayat Al Bukhari no. 5701 )

 Apa Kelebihan Berbekam ?


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud ;
" Ubat / kesembuhan itu ( antara lain ) dalam tiga ( cara pengubatan ) : minum madu , berbekam dan dengan kay , namun aku melarang umatku dari kay . "
( Hadis Riwayat Al Bukhari no. 5680 )

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud : Maksudnya: 

"Daripada Salma khadam Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dia berkata: "Tidak mengadu kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam seseorang tentang sakit di kepala melainkan Baginda menyuruh orang itu supaya berbekam, dan tidak mengadu kepadanya seseorang tentang sakit di kakinya (pecah kulit) melainkan Baginda menyuruhnya supaya berinai."
(Hadis riwayat Abu Daud)


Apa Kelebihan Berbekam 

Rasanya ramai antara kita yang tidak mengetahui kelebihan berbekam . Ada pengamal bekam mengatakan bahawa selepas berbekam , mereka merasakan bandan mereka ringan dan segar . Selepas membaca di sebuah majalah , barulah CM tahu banyak kelebihan berbekam dan kini CM kongsikan bersama anda . Mungkin anda akan berminat melakukan bekam selepas ini . Mari kita lihat apa kelebihan berbekam .
  • membantu menghilangkan pening dan migrain .
  • membantu membuang angin dalam badan , melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan 
  • membantu memecahkan lemak , peluh dan melegakan demam .
  • membantu memulihkan ketegangan urat leher , belikat , pinggang dan urat sendi di kaki 
  • membantu mencegah kebas kaki  dan membantu meredakan serangan angin ahmar .
  • mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat .
  • membantu meringankan tubuh . Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas .
  • membantu menajamkan penglihatan Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur .
  • dikatan dapat merawat pelbagai penyakit . Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat , darah tinggi , jantung , kolesterol , masuk angin , migrain , sakit mata , angin ahmar , sakit gigi , jerawat , sembelit , tekanan , dan buah pinggang .


 Apa Kelebihan Berbekam ?

Berbekam Amalan Sunnah


Terlalu banyak kelebihan berbekam untuk kesihatan . Oleh itu , apa salahnya sesekali kita lakukan demi mendapatkan manfaatnya yang sangat banyak .



* NOTA :


Berbekam itu sunnah Rasulullah .






8 Responses to "Apa Kelebihan Berbekam ?"

  1. Asalam selamat berbekam...terbaik blog Cetusan minda kena datang kunjung mengunjung...hehehe..

    ReplyDelete
  2. Kita tak pernah buat..tapi tengok dia orang buat macam sakit aje...lebam-lebam badan...

    ReplyDelete
  3. Banyak kebaikan berbekam ni.. nak suruh hubby buat nti sbb rasa nya byk darah kotor..:)

    ReplyDelete
  4. Lama dah saya tak berbekam.. dulu pernahlah, tp dah lama sgt. Ada masa mmg kena buat lah. Tengok duit kat rhb sini dulu cukup ke tak.. :D

    ReplyDelete
  5. Dulu ramai juga jumpa orang yang pernah berbekam.
    Sekarang x pernah jumpa dah.
    Elok sarankan pada patient migrain ni saya rasa lah..

    ReplyDelete
  6. Zumal pernah tengok orang berbekam tapi zumal tak mampu nak try. Takut sangat...

    ReplyDelete
  7. saya dah follow blog ini.kalau sudi follow balik. http://bicarabihah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Hhhuhu takut tgk darah byk2 camtu ..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...