Tinggal Sarapan Sebabkan Diabetis


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah . Sarapan adalah sangat perlu bagi memulakan hari baru anda . Dengan pengambilan sarapan , ianya bukan sahaja dapat memberi tenaga malah dapat mengelakkan anda dari risiko menghidap penyakit kencing manis atau diabetis melitus jenis 2. Justeru itu , jangan tinggal sarapan pagi anda .

 Tinggal Sarapan Sebabkan Diabetis

Tinggal Sarapan Sebabkan Diabetis


Jangan tinggal sarapan pagi anda sekiranya anda tidak mahu mengambil makan tengahari secara berlebihan . Makan berlebihan pada waktu tengahari akan mudah menyebabkan obesiti . Walaupun anda sibuk atau tidak punya banyak masa sekalipun , anda tetap perlu bersarapan untuk menghasilkan tenaga . Tanpa tenaga , anda kan rasa kurang bersemangat untuk melakukan kerja apatah lagi dalam keadaan perut anda yang kekosongan .

Diabetis Beri Komplikasi Serius


Tahukah anda sekiranya anda tinggalkan sarapan pagi , anda mungkin berisiko menghidapi diabetis . Diabetis merupakan penyakit kronik yang akan kekal malah boleh jadi kekal seumur hidup . Diabetis ini pula sekiranya dibiarkan akan memberi komplikasi serius kepada jantung termasuk serangan dan kegagalan fungsi , kerosakan buah pinggang , penyakit mata , kerosakan saraf dan ulser sehingga membawa kepada amputasi kaki .

Sarapan Turunkan Tahap Kolesterol


Kajian menyatakan bahawa pengambilan sarapan akan memberi kesan psikologi yang positif di mana tahap rintangan insulin dan kolestrol akan jadi rendah . Keadaan ini akan dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung .

Rintangan insulin merupakan keadaan di mana hormon tidak mampu untuk membawa glukosa ke dalam sel badan secara berkesan . Keadaan ini menyebabkan sel badan kelaparan sementara glukosa berkumpul dalam darah an memusnahkan segala sel dalam darah . Jika keadaan dibiarkan berterusan , lama kelamaan insulin ini akan menyebabkan diabetis .

Tips Pengambilan Sarapan Yang Sihat 


1- Ambillah sarapan dalam tempoh sejam atau selepas berjalan dan elakkan mengambil sarapan yang lewat .

2- Makan makanan yang tinggi protein kerana kandungan serat yang tinggi membantu kita kurang rasa lapar dalam tempoh yang lama .

3- Tambah buahan dan sayuran seperti pisang dalam bijirin dan lada benggala dalam omelette .

4- Elakkan mengambil pastri , makan makanan manis seperti donut dan muffin kerana anda akan cepat lapar .

5- Banyakkan minum air kosong .


Jangan tinggalkan sarapan anda sekiranya anda mahukan gaya hidup yang sihat . Diabetis adalah penyakit yang mudah dihidapi bila usia anda meningkat . Oleh sebab itu , anda perlu jauhkan diri anda dari berisiko menghidapi diabetis sedari awal lagi .





12 Responses to "Tinggal Sarapan Sebabkan Diabetis"

  1. Kita ni ada problem sikit. Kita tak suka breakfast. Selalunya Brunch...Tapi memang tak elok untuk kesihatankan...

    ReplyDelete
  2. bab ni saya setuju sangat!
    saya pun tak pernah skip breakfast
    tapi lunch biasa juga skip...hehe

    ReplyDelete
  3. sy mmg jenis yg wajib amik sarapan. kalau x lemau je bdn

    ReplyDelete
  4. Patut la zumal makin sihat sebab fokus kat lunch jew...

    ReplyDelete
  5. sha pun memang nak amalkan breakfast, especially buah :)

    ReplyDelete
  6. saya selalu breaklunch je.
    maklumlah, kadang2 keluar awal g kerja tak sempat nak jamah apa2.
    sampai tempat kerja, ralit pulak buat kerja.
    sedar2 je dah jam 12.
    hehe :D

    ReplyDelete
  7. Errm... ada idah terbaca yang mengatakan ialah makan malam... kalau kita skip makan malam boleh menyebabkan kolestrol dalam darah meningkat... ermmm... apa pun idah memang tak tinggal breakfast pun... :D

    ReplyDelete
  8. Setakat ni mmg kurang missed sarapan.. tak syok klu tak sarapan. Thanks sharing Vee.
    rhb lagi yg setia.. :)

    ReplyDelete
  9. Jangan skip breakfast berkhasiat.
    That's important..
    Sebab breakfast berkhasiat penting untuk metabolism.
    Awas..bukan sepinggan nasi lemak dengan air manis pulak ye..

    ReplyDelete
  10. Salam kenal dik,
    Setuju sangat dengan entry adik ni. Org yang super duper busy kerja memang kadang2 suka skip breakfast. Tak sempat. Lepas tu stress kerja lagi. Diet tak seimbang+stress kerja boleh menyebakan datangnya macam-macam penyakit.
    Akak pagi-pagi biasanya amik shake protein, alhamdulillah. So far takdalah lemau sangat hari2 buat kerja kat rumah :)

    ReplyDelete
  11. Sarapan memang penting, saya pun ada terbaca keburukan tak ambil sarapan. Terima kasih Vee :)

    ReplyDelete
  12. Moga dijauhkanlah hendaknya ..... bukan susah sangatkan Vee nak bersarapan tu, tak mo sarapan puasa ajelah hihi...OKje tgh malas nak puasa la ni hishh...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...