Berkat Sedekah Pada Kucing


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah . Banyak kisah pengajaran yang kita boleh jadikan panduan dalam melalui perjalanan hidup yang beronak ini . Asalkan anda mahu mengambil iktibar dan mengikuti kerana kebaikan , maka anda akan mendapat ganjaran yang setimpal . Kisah pengajaran ini berkaitan berkat sedekah makan pada kucing yang akhirnya kucing itu menyelamatkan si pemberi .


 Berkat Sedekah Pada Kucing



Berkat Sedekah Pada Kucing

Syaikh Abdul Hadi adalah seorang imam di sebuah masjid di Syria. Pada suatu hari anaknya jatuh sakit. Sudah puas dia berusaha mengubatnya tetapi tidak juga sembuh. Hatinya sedih kerana dia seperti orang lain amat menyayangi anaknya itu.

Sudah puas dia memikirkan apa yang patut dilakukan tetapi pada masa sama meneruskan solatnya. Ketika dia ingin mengambil wuduk, dia teringat firman ALLAH SWT yang bermaksud .
Dan mintalah pertolongan kepada ALLAH dengan sabar dan mengerjakan solat "Surah Al Baqarah ayat 45.

Syaikh Abdul Hadi juga teringat pada sebuah hadis dari Abu Umamah Al-Bahili ra yang menyebut sabda Rasulullah SAW
 " ubatlah orang sakit diantara kalian dengan bersedekah "

Syaikh Abdul Hadi termenung dan timbul pertanyaan kepada siapa beliau hari bersedekah pada lewat malam? Siapa yang akan menerima sedekahnya? Tanpa diduga ALLAH SWT segera mengirim jawapan apabila Syaikh Abdul Hadi mendengar suara kucing kelaparan. Dia pulang ke rumah mendapatkan sekeping daging. Bukankah menolong haiwan juga sedekah? Dia memberikan daging itu kepada kucing yang lapar tadi.

Apabila pulang ke rumah, isterinya bercerita ;
" Ketika anaknya yang tidak sihat itu berada dalam gendongannya, tiba-tiba seekor burung besar berwarna hitam datang dari arah langit untuk menyambarnya. Saya terus memeluknya tanpa berfikir panjang apa yang patut dilakukan. Namun secara tiba-tiba datang seekor kucing yang menerkam. Burung itu lari "

Syaikh Abdul Hadi tersenyum gembira. Keesokkanya dengan izin ALLAH, anaknya sihat dan mula boleh bermain-main bersama kawannya. Itu tentunya berkat sedekah kepada kucing.

Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah SAW lalu bertanya : 
" Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Rasulullah SAW menjawab : Bersedekahlah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si polan.. sekian untuk si polan dan sekian lagi untuk si polan "- 
Hadis Riwayat Al-Bukhari

Berkat Keikhlasan Bersedekah .


Bila kita melakukan sedekah dengan penuh keikhlasan , maka kita akan mendapat ganjaran yang tidak dijangkakan . Apa ganjaran itu , iannya urusan Allah . Bersedekahlah jika anda mahu merasai atau tahu apa itu berkat keikhlasa bersedekah . Nescaya anda tidak akan menyesal dan rasa rugi malah akan mengucapkan syukur dan berterima kasih dengan nikmat pemberian Allah itu .



Disediakan Oleh :







19 Responses to "Berkat Sedekah Pada Kucing"

  1. Senyuman itu juga dikira sebagai satu sedekah kan cik Vee.. heee... :)

    ReplyDelete
  2. Sedekah itu satu amalan yang mulia ...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah kepada sesiapa yg menyelamatkan kucing2 dijalanan tu. salah 1 binatang kesayangan rasul kan

    ReplyDelete
  4. Tepat pada masanya.
    Ye, jangan tangguhkan bersedekah.
    Tak semestinye dengan duit - macam kisah kucing.

    ReplyDelete
  5. Moga kita terus amalkan bersedekah... Sedekah tidak akan mengurangkan harta kita ^_^

    ReplyDelete
  6. Setiap kebaikan yang kita lakukan pasti ada kebaikan yang menanti...ITU janji Allah kan...

    ReplyDelete
  7. Sedekah yang ikhlas kerana Allah pasti akan mendapat ganjarannya. Jika tidak didunia, diakhirat sudah pasti.

    ReplyDelete
  8. Oh ... bagi makan pada kucing pun dikira sedekah juga yer :)

    ReplyDelete
  9. jangan takut bersedekah, dgn bersedekah kita takkan miskin. betul tak

    ReplyDelete
  10. trima kasih untuk ingatan ni. betul tu sedekah bukan wang ringgit semata...

    ReplyDelete
  11. ada kala time nk beri mkn kucing2 kt sini, diorg x de. bla x bw ramai la plak yg dtg ;-)

    ReplyDelete
  12. mak saya selalu kata
    sedekah paling mudah adalah pada haiwan =)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah... selalau peringatkan diri sendiri tentang fadhilat sedekah ini...

    ReplyDelete
  14. Sedekah dengan ikhlas.....

    ReplyDelete
  15. Asalam kepada yg tak suka kucing tu bersrdekah pun sudah bagus.tetima kssih prerkongsian yg sangt hebat ni dri blogger vee

    ReplyDelete
  16. Perkongsian ilmu yg sgt bermanfaat.. T kasih Vee.
    promoted content.. :D

    ReplyDelete
  17. alaa apala sangat kongsi makanan dengan kucing.. bukan dia minta semua pun..
    lagi sayu tengok mata kucing tu mengharap.. tak sanggop tengok..

    insyallah setiap apa kita lakukan Allah ambil kira tak lupa satu pun..
    jangan risau.. tak dapat balasan dunia kita dapat kat akhirat sana..

    ReplyDelete
  18. Buat baik..in shaa Allah, akan di balas baik.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...