DIY : Tanam Sendiri


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah . Memandangkan ikan di pulau pinang sudah naik harga kepada 30 % , sebelum merebak ke tempat kita , apa kata kita buat penjimatan perbelanjaan ke atas barangan dapur dengan tanam sendiri sayur - sayuran yang kita suka makan . Ianya lebih segar tanpa bahan kimia . 

Tanam Sendiri

Bukan sukar nak membuat juga melakukannya . Asalkan anda ada minta dan masa , semuanya akan terhasil dengan mudah . CM percaya , ramai antara pembaca yang pernah membeli air bersaiz botol besar . Tak ramai yang menjualnya untuk direcycle . Kebanyakannya hanya dibuang ke dalam tong sampah . Tetapi tak ramai orang yang suka bermain dengan tanah . Tanam sendiri sayuran yang anda makan hanya dengan menggunakan botol minuman bersaiz besar , tanah , baja ( jika mahu ) dan air . Rajinkan diri untuk menyiramnya sehari 2 dua kali . Insha Allah sayuran anda akan tumbuh dengan subur dan cepat membesar .



 Tanam Sendiri


 Tanam Sendiri


 Tanam Sendiri


 Tanam Sendiri


 Tanam Sendiri


 Tanam Sendiri



Tidak Rugi Tanam Sendiri


Bila anda tanam sendiri , anda dapat menggunakannya bila anda mahu mengikut sekala yang anda suka . Kalau di pasar , anda kena beli banyak sedangkan anda hanya mahu gunakan untuk jumlah yang sedikit sahaja .  Contohnya tanam sendiri pokok rempah ratus seperti pokok daun salam , kesum , selasih , daun bawang , daun ketumbar , saleri dan lainnya  . Ada juga sayur jenis ulaman boleh seperti salad , pegaga , sawi yang anda boleh tanam sendiri . Tidak rugi tanam sendiri kerana bila anda berbudi pada tanah , pasti akan ada hasilnya . 



Disediakan oleh :



17 Responses to "DIY : Tanam Sendiri"

  1. uish lawanya.. ni nak makan ke nak buat pameran?
    :p

    ReplyDelete
  2. vee..dah cantik macam ni, sayang pulak nak kerat daun bawang tu..heee

    ReplyDelete
  3. Macam mak aima yg suka menanam. Nak makan sayur pe, amik je kat tepi n belakang rumah. Bila dah terlebih banyak hantar jual kat kedai. alaupun dapat sikit je tapi tetap jugak ada rezeki kan dari kena beli dgn harga yg kadang2 tak munasabah. Daun kunyit sehelai dua tapi harga kat pasaraya sampai beringgit2, layu2 pulak tu. Kan kak,

    ReplyDelete
  4. vee.seronok je tengok sayur dikebun kawan yg subur menjadi lagi2 kawan2 yg kreatif dalam bab tanaman ni..

    ReplyDelete
  5. Betul tu, tak rugi tanam sendiri lagi satu kalau beli kena beli banyak sedangkan nak guna sikit jew...

    ReplyDelete
  6. menarik untuk dicuba tapi ruang tak cukup

    ReplyDelete
  7. Setuju sangat tu. Emak ayah saya pun suka tanam sendiri. Memang tak rugi berbakti kepada tanah.

    ReplyDelete
  8. hihi..setuju..dekat rumah ni serai ade, bunga kntan ade, daun bwg ade..hihi..tpi cecomel la pulak bila tnam dlm recycle kulit tlur tu..
    klik2 rhb!

    ReplyDelete
  9. plus bebas drpd pencemaran racun semburan....

    ReplyDelete
  10. Pandai dan bijak la tanam sayur sendiri mcm tu...teruja sgt tgk vee...syukur

    ReplyDelete
  11. wow... kreatif cara tanaman tu.. boleh di praktikkan nti.. kami adalah jg serai, cili & kunyit tanam sendiri kat belakang rumah... suami yg tanam..ehhe

    ReplyDelete
  12. yang atas sekali tu paling comel
    cam saya ni suka tengok aje, tanam tu baisanya encik suami

    ReplyDelete
  13. Okayyy... nanti idah cuba buat yer Vee... :D insyaallah...

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum... vee,

    kreatif kan diy nie.. kekadang tgk diy macam nie baru ada idea macam mana nk buat kan...

    mselim3

    ReplyDelete
  15. Bagus kalau tanam sendiri sayur sayuran, di samping menjimatkan, kita pun tak was was untuk makan sebab kita sendiri yang tanam

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...