Peraturan Baru Cermin Gelap


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah . Berita baik kepada pemilik ken deraan yang gemar menggunakan cermin gelap . Peraturan baru untuk cermin gelap telah di keluarkan dan berkuatkuasa pada 1 November . Peraturan baru cermin gelap ini diperkenalkan bertujuan untuk mengurangkan kadar jenayah walaupun ianya bukanlah satu jaminan yang jenayah tidak akan berlaku .

 Peraturan Baru Cermin Gelap


Peraturan Baru Cermin Gelap 


Peraturan baru cermin gelap bertujuan untuk memudahkan pihak berkuasa untuk mengecam pemandu dan penumpang kereta . Selain dari itu , penumpang tempat duduk belakang akan lebih selesa dengan pengurangan pendedahan kepada cahaya matahari .

Kadar Pengurangan Cermin Gelap 


Kadar pengurangan atau peratus penggunaan cermin gelap adalah seperti berikut ;

1- Ketelusan cahaya ( VLT ) bagi cermin belakang dan cermin sisi belakang dikurangkan dari 50 peratus kepada 30 peratus .

2- Ketelusan cahaya cermin hadapan  dengan 70 peratus .

3- Ketelusan cahaya  sisi pemandu kekal dengan  50 peratus .

JPJ mengharapkan  peraturan baru cermin gelap ini dapat memuaskan hati para pemilik kenderaan . Sekiranya anda rasa masih tidak puas hati , pihak JPJ sentiasa menerima kritikan dan pandangan dari anda . Paling mudah , anda guna sahaja ray ban atau cermin mata gelap untuk mengelak silauan cahaya matahari .



Disediakan oleh :






12 Responses to "Peraturan Baru Cermin Gelap"

  1. Diharap dapat memuaskan hati semua pihak lah kan sis..sebab isu cermin gelap ni mcm dah lama sgt... hehe

    ReplyDelete
  2. ayat akhir tu vee, the bomb lah...hehe
    betul sangat lah tu

    ReplyDelete
  3. Cermin gelap ni klu tak ada mmg tak boleh juga.. sbb panas, silau & kurang privasi. Tp biarlah berpada2... baguslah mcm ni. Sekurang2nya tak diharamkan terus..

    ReplyDelete
  4. Dah ada draft artikel ni...Nway kena alert dengan peratuan terbaru ni..rasanya kereta kita selamat lagi kot..he..he

    ReplyDelete
  5. Kalau remaja yang bujang-bujang pasang pasang cermin tinted ni, memang dah paham sangat dah nak buat apa. Haha

    ReplyDelete
  6. Kenalah bersifat menyeluruh... bkn certain org je yg harus patuh

    ReplyDelete
  7. Bagus juga peraturan baru nie...

    ReplyDelete
  8. Bagus perkongsian ini vee...baru nak tinted kereta dpt gaji nanti

    ReplyDelete
  9. cermin gelap memang perlu dengan keadaan cuaca khatulistiwa di msia nie... huhuhuh... fanasss... :D

    ReplyDelete
  10. Aah. Pakai je sunglasses.
    Kalau jpj benarkan cermin terlalu gelap sukar nak cam penjenayah.
    Kalau depa pegang pistol pun x nampak.
    Kalau ada kes culik ke mmg x nampaklah kan?

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...