GST Berbeza Ikut Kategori


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah . Beberapa ahli Parlimen telah mencadangkan supaya  kadar cukai GST berbeza ikut kategori  supaya lebih fleksible dan lebih adil . Dengan cara itu , golongan kaya tidak untung serta bersenang lenang dan golongan marhein tidak terjejas teruk kehidupan mereka . Barulah rakyat merasa adil dan kerajaan akan dapat untung yang banyak .

 GST Berbeza Ikut Kategori


GST Berbeza Mengikut Kategori

Di Dewan Rakyat semalam , beberapa ahli Perlimen telah mencadangkan agar kadar cukai GST dikenakan mengikut kategori ketika membahaskan Rang Undang - undang Perbekalan 2015 dalam usaha untuk menambah pendapatan kerajaan .

Tan Sri Shahrir Abdul Samad ( BN - Johor Bahru ) telah mencadangkan supaya kadar cukai GST untuk kategori barangan mewah hendaklah melebihi dari enam peratus atau kadar yang lebih tinggi . Selain itu , beliau turut mencadangkan supaya kerajaan juga mengenakan cukai GST kemewahan ke atas harta dan aset sebagaimana yang telah dilakukan di beberapa negara seperti Norway dan Belanda . Rakyat di negara tersebut dikehendaki mengisytiharkan aset dan cukai kemewahan akan dikenakan berasaskan aset atau kekayaan mereka agar mudah bagi kerajaan untuk mentafsirkan kadar cukai yang perlu dibayar .

Susidi Untuk Golongan Tertentu


Dr. Noor Azmi Ghazali ( BN-Bagan Serai ) pula mencadangkan agar kerajaan dapat mencari satu mekanisme untuk pastikan supaya subsidi hanya akan dirasai golongan yang benar - benar memerlukan iaitu golongan bawahan . Dalam hal ini , kerajaan perlu meneliti kriteria bagi membuktikan seseorang rakyat itu benar - benar layak menerima subsidi contohnya melalui dokumen perkahwinan . Dengan itu kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan subsidi apabila golongan kaya , warga asing dan pelancong membayar harga petrol dan diesel dengan harga asal .

Ketelusan Kerajaan


Kerajaan perlu lebih telus dalam menjalankan misi mengenakan cukai GST ke atas rakyat . Kerajaan juga perlu buktikan bahawa cukai GST bukan untuk mebebankan rakyat tetapi untuk memastikan golongan kaya tidak lari dari membayar cukai sebenar .




Disediakan Oleh :






11 Responses to "GST Berbeza Ikut Kategori"

  1. Salam Jumaat sis..memang amat setuju kalau kadar GST di kenakan ikut kategori spy lebih adil..:)

    ReplyDelete
  2. macamana diorang nak buat perbezaan tu
    apapun setuju yang kerajaan perlu lebih telus

    ReplyDelete
  3. Itulah gunanya Dewan Rakyatkan Vee...sekurang kurangnya masalah rakyat didengar walaupun tak semuanya terbela

    ReplyDelete
  4. Dah malas dah nak fikir CM,
    Satu je, tunggu benda ni datang..
    Waktu tu tengok berkesan ke tak..
    Agak2 tak.. siaplah...

    ReplyDelete
  5. Menteri mesti lah lain dari marhein.
    Hehe..

    ReplyDelete
  6. Betul tu.. kerajaan perlu lebih telus sbb keadaan skrng ni bnyk harga brng yg naik mengejut. Tambahan dgn GST pulak... wallahualam...

    ReplyDelete
  7. Memang bagus dan adil jika ianya dapat dilaksanakan...tapi macam sukar jer.

    ReplyDelete
  8. Laaa lain2 pulak dah ...Ingatkan sama jer ...Aduhai ..

    ReplyDelete
  9. Nie tidak adil... Golongan berpendapatan rendah tak bayar income tax dan dapat BR1M... golongan berpendapatan tinggi pula perlu bayar income tax... subsidi minyak pun tak dapat... Nie termasuk juga pada mereka yang berpendapatan sederhana... dah lah kena bayar income tax, kena bayar minyak mahal pulak tu... tak dapat apa-apa insentif pun dari kerajaan... Ini tidak adil...

    ReplyDelete
  10. Orang yang berpendapatan tinggi kebanyakan akan merasakan ini tidak adil, sebab diorang bayar income tax kena GST tinggi. Tapi tak berapa terkesan sangat, sebab diorang mampu nak bayar.

    Orang yg berpendapatan rendah, kebanyakan akan rasa best la kot bila baca. Sebab diorang tak pernah bayar income tax. Nanti bila semua barang naik harga, walaupun sikit baru nak terasa.

    Orang yg berpendapatan sederhana yang akan jadi golongan yang stress. Dah la kena bayar income tax. GST punya pasal, kos hidup meningkat, memang sengkek la

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...