Senaman Untuk Dapatkan Perut Yang Anggun Dan Seksi


Assalamualaikum ...

Senaman Untuk Dapatkan Perut Yang Anggun Dan Seksi | Selepas mengumpul lemak yang banyak setelah merayakan Aidil Adha bersama keluarga dengan pelbagai juadah juga daging korban , apa kata kita senaman pula . Semua wanita pengen kurus kan . Kalau boleh mahu bakar lemak itu terbakar serta merta . Tapi tak mungkinlah boleh kalau tak buat senaman . Apa kata kita cuba Senaman Untuk Dapatkan Perut Yang Anggun Dan Seksi yang mudah ni yang kita boleh lakukan sendiri di rumah .

Senaman Untuk Dapatkan Perut Yang Anggun Dan Seksi


Senaman ini sangat mudah dilakukan dirumah . Anda boleh lakukan di depan kaca tv / ruang tamu juga di dalam bilik . Walaupun Senaman Untuk Dapatkan Perut Yang Anggun Dan Seksi ini tidak memerlukan anda untuk banyak bergerak , kalau anda lakukan , nescaya banyak peluh akan keluar . Jika anda nak pastikannya , anda perlulah lakukannya .


 Exercise Hot Abs Workout


Langkah - langkah 


Berikut adalah langkah - langkah Senaman Untuk Dapatkan Perut Yang Anggun Dan Seksi yang anda perlu lakukan .

1- Corkscrew


Rehatkan siku anda dan angkat sedikit kaki anda kepada sudut 45 darjah . Pastikan tulang belakang anda tegak . Gerakkan kaki anda mengikut arah jam . Lakukan 10 kali dengan kiraan gerakan kaki 10 kali juga . Tujuan pergerakan ini adalah untuk memperbaiki lutut anda .

2- Cross Legged Lift


Bengkokkan kaki kiri anda dan letakkan hujung kaki di atas lutut kaki kanan . Sementara kaki kanan pula berada dalam keadaan lurus dan diangkat tegak ke langit . Rehatkan bahu anda dengan meletakka tangan anda di atas tikar . Lakukan beberapa kali yang anda mampu .

3. Seated Circle


Angkat sedikit kaki dan badan anda . Pastikan kaki anda sedikit bengkok dan tangan anda berada dalam keadaan lurus . Lakukan pergerakan kaki dengan arah bulatan mengikut arah jam selama 20 kali dengan kiraan 20 juga . 

4. Seated Hundred


Angkat kaki anda dalam keadaan sedikit bengkok . Angkat badan , lururkan tangan dan pastikan hujung jari anda mencecah lutut . Buat gerakan turun dan naikkankan kaki dan badan sebanyak 100 kali ( jika mampu ) .

5. Bicycle With Crunch


Angkat badan dan kaki anda . Luruskan tangan . Angkat sebelah kaki anda secara membengkok , tahan dengan kiraan 3 dan lepaskan . Lakukan pula pada kaki sebelah lagi . Lakukan gerakan sebegini silih berganti sebanyak 20 kali .

Panaskan Badan .


Seeloknya , sebelum melakukan apa juga jenis senaman , anda perlu lakukan pergerakan badan untuk sesi warmup/ panaskan badan supaya otot - otot anda tidak terkejut yang bolen menyebabkan kekejangan . Semoga Senaman Untuk Dapatkan Perut Yang Anggun Dan Seksi dapat memberi faedah kepada anda .



~ Sumber Informasi ~


7 Responses to "Senaman Untuk Dapatkan Perut Yang Anggun Dan Seksi"

  1. Buat dlm bilik, nanti buat kat ruang tamu confirm housemate pandang pelik. Heheh..

    ReplyDelete
  2. Dulu masa student pernah sit up.
    Lps tu perut cramp seminggu.

    ReplyDelete
  3. yap sy da start bersenam.... wat perlahan2 dulu

    ReplyDelete
  4. nampak cam senang
    tapi nak buat tu entah boleh ke idak...
    hehe...alasan!

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...