Sejarah Bubur Asyura 10 Muharram


Assalamualaikum ...


Sejarah Bubur Asyura 10 Muharram | Dengan lafaz Bismillah . 10 Muharram juga dikenali dengan hari Asyura sebagaimana yang diketahui umum . Maka dah tentunya , ramai yang akan menghasilkan bubur Asyura untuk juadah berbuka bagi yang berpuasa nantinya . Cara pembuatan bubur Asyura berbeza di setiap negeri . Bagi CM yang berasal dari Johor , dah terbiasa dengan cara masakan bubur lambuk yang dicampurkan dengan 7 jenis kekacang dan rasanya lemak .


 Bubur Asyura 10 Muharram




Sejarah Bubur Asyura 10 Muharram


Sejarah bubur Asyura asalnya diperbuat daripada gandum yang di masak bersama tujuh jenis biji - bijian pada 10 Muharram dan menjadi hidangan berbuka pada yang berpuasa pada 9 dan 10 Muharram .

Bubur inilah yang pertama di masak di atas permukaan bumi oleh umat Nabi Nuh setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi .

Disebutkan di dalam Kitab Jam ' ul  Fawaid ( halaman 132  Syeikh Daud Al - Fathoni ) bahawasanya ketika bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraamaka berkatalah baginda kepada umatnya :

Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih , maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila ' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji - bijian yang dimasak "
" Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang . "


Jenis Bubur Asyura



Terdapat pelbagai jenis bubur Asyura di seluruh dunia . Di Malaysia , bubur Asyura dihasilkan dengan cara berbeza hampir di setiap negeri . Sama ada jenis bahan campuran yang digunakan juga termasuk rasanya . Ada 4 jenis bubur Asyura yang dikenal pasti sering dihasilkan di Malaysia . 



 Bubur Asyura 10 Muharram

1- Utara


Di utara , bubur Asyura dihasilkan dengan rasa yang manis . Di dalamnya mengandungi pisang , keledek , kekacang , gula perang dan gula pasir dan di adun bersama tepung beras serta sedikit tepung jagung .


 Bubur Asyura 10 Muharam

2- Pantai Timur


Di pantai timur , bubur Asyura dihasilkan dalam bentuk kuih atau puding juga dengan rasa yang manis kerana di pantai timur kemanisan itu satu keperluan . Bubur Asyura dihasilkan dengan campuran beras , daging / ayam , kekacang , ubi , bawang putih , bawang merah , serai , halia , santan dan gula sebagai perasa .



 Bubur Asyura 10 Muharram

3- Tengah Dan Selatan


Di bahagian tengah dan selatan , bubur Asyura dihasilkan lebih kurang sama dengan bubur lambuk dengan perasa lemak . Bubur Asyra bukan sekadar daging , malah mengandungi kekacang juga .


 Bubur Asyura 10 Muharram

4- Pulut Hitam


Akhir sekali , bubur Asyura pulut hitam . Mungkin tak ramai yang mengetahuinya termasuk SI lah . Bubur pulut hitam ini dicurahkan santan keatasnya .

Diantara ke-empat - empat jenis bubur di atas , bubur Asyura versi Utara dan Pantai Timur belum pernah SI rasa . Kalau SI jumpa sekalipun mungkin SI tak tahu itu adalah bubur Asyura . Mungkin satu hari nanti SI akan membuatnya sendiri jika ada kerajinan .


* NOTA :

Berbuka puasa dengan bubur Asyura tentunya sangat indah ...





~ Sumber Informasi ~




14 Responses to "Sejarah Bubur Asyura 10 Muharram"

  1. Mmm..sedap bubur asyura ni kan..

    ReplyDelete
  2. Zumal biasa makan bubur Asyura yang first tu jer... Semalam pun dapat bubur Asyura gak...

    ReplyDelete
  3. sy punya pantai timur. =D
    selamat berpuasa sunat kak. :)

    ReplyDelete
  4. Salam singgah sini...Bubur Pulut Hitam tu Bubur Asyura ya...Diana suka makan...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, dah pernah merasa semua variasi bubur asyura... semuanya sedap :)

    ReplyDelete
  6. terliur saya nak makan bubur asyura..

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum... vee,

    sedap nyer bubur asyura nie... heheh

    mselim3

    ReplyDelete
  8. Saya cuma pernah rasa bubur asyura versi selatan aje...
    Tapi..kesemuanya nampak menarik

    ReplyDelete
  9. Sedap... mmg sedap. mmg suka bubur asyura ni...
    promo content.. :)

    ReplyDelete
  10. ooo... lain negeri lain resepinya yer... ingatkan satu msia nie sama jerr... :D

    ReplyDelete
  11. Bubur Asyura ke bubur lambuk ke mmg saya suka. Tak kirelah dari negeri mana pun saya makan.

    ReplyDelete
  12. saya pun samalah dengan CM
    yang versi utara dan pantai timur tu saya tak tahu

    ReplyDelete
  13. Sama la ..akak pon suka ngan bubur assyura..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...