Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah . Kerajaan akan senarai produk GST hari ini . Kerajaan perlu mewartakan lebih awal untuk memudahkan peniaga membuat penstrukturan semula sistem perniagaan mereka sebelum tahun 2015 bermula .Tentu rakyat dan para peniaga tidak sabar untuk mengetahui apakah produk yang berada dalam senarai itu .
Senarai Produk GST
Terdapat lebih 900 senarai produk GST yang terpilih dalam ' basket of goods ' ( kumpulan barang ) . Diharap pihak kerajaan akan mendedahkan dengan segera apakah senarai produk GST itu nanti . Lebih 900 itu adalah satu senarai yang panjang . Ia menggambarkan seperti tiada produk yang tidak terkecuali . Tentu perit bagi peniaga yang baru sahaja hendak berjinak - jinak dalam perniagaan .
CM mengharapkan lebih 900 senarai produk GST ini tidak melibatkan barangan keperluan asas pengguna kerana ianya akan mempengaruhi kehidupan golongan marhain . Rakyat yang tiada pendapatan tetap akan terkesan terutama orang kampung juga mereka yang pendapatannya sekadar kais pagi makan pagi . Sekarang ni pun rakyat sudah terkesan dengan kos sara hidup yang mendesak walaupun ada pendapatan tetap terutama yang tinggal di bandar .
Penerimaan Rakyat
Semoga rakyat terutama golongan peniaga dapat menerima apabila lebih 900 senarai produk GST didedahkan nanti . Jika boleh , elakkan berlakunya rusuhan . Kalau nak buat demo , buatlah dalam keadaan yang aman . Nak berhujah atau berperang dalam media sosial , tak mengapa . Janji Malaysia masih aman . Itu je lah yang CM boleh harapkan . Demi GST , kerajaan akan mengurangkan cukai individu . Walaupun rakyat berasa lega , tapi cukai hanya dibayar sekali dalam setahun berbanding cukai GST yang sentiasa berlegar disekeliling kita .
Disediakan Oleh :
Banyak jugak tu Sis Vee...Kita tunggu jerla apa yang kena GST nanti ya ,............Nice sharing
ReplyDeleteGST oh GST
ReplyDeleteadeh, cakap tak ada. nanti last-last ada
ReplyDeletelepas tu buat comparison dengan negara lain
kesian kita ni kan
InshaAllah, semuanya akan baik-baik saja.. :')
ReplyDeletememang amat berharap barangan keperluan tidak di kenakan GST...
ReplyDeleteSana sini barang naik.. ditambah dgn GST pula, terasa sesak juga. Slowlah sikit, takkan semua nak naik cepat2 mcm nak kejar sesuatu je huhu.. :D
ReplyDeleteMasih blur jugak ni Vee.... agakan OKje cuma ganti tax yg biasa dikenakan kalau kita makan kedai tu.... gitu ke? Kita tengok bulan 4 tahun depan
ReplyDelete